Nyawa


Assalamualaikum.


Anak-anak ibu. Ada orang tanya, macam mana perasaan bila dah ada 3 orang anak? 
Jawapan : Meriah! hehe. Jadual tu dah jadi padat sikit tapi seronok. 
Teringat kata-kata suami, 

"kadang-kadang walaupun kita tak rancang, Tuhan tetap tentukan jadi jugak"

Fiska Medina : 3 tahun 5 bulan
Hasya Tasnim : 1 tahun 7 bulan
Muhammad Umar Fahri : 18 hari



Milk booster paling berkesan + sedap + menyelerakan


Assalamualaikum Hye :)
Quickly update from me, update blog pakai phone je ni. hehe

nak sharekan milk booster yg betul-betul membantu untuk banyakkan production susu. 
Sepanjang tempoh berpantang ni, memang banyak consume ESP. Memang dapat rasa perbezaan antara menyusukan anak perempuan dan anak lelaki. Semestinya menyusukan anak lelaki, aku rasakan lebih lama, kerap dan banyak. 


Aku sharekan milk booster yang aku sendiri /pernah consume :-

1) Air rebusan longan kering - Longan kering ni selalunya ada jual dekat tesco, giant, kedai ubat cina seyseyy, dan lain-lain. Senang je nk buat. Longan kering tu basuh dulu bersih2, dan rebus. Air tu minum. Hasil dia ? Memang sangat-sangat membantu ! Dan air longan ni mmg sedap. RECOMMENDED!

2) Sawi & Lobak putih - dua-dua jenis sayur nih la sepanjang tempoh berpantang akan bertemu setiap hari! haha. Sampaikan rasa nak makan sayur2 lain, tapi apakan daya, takut pulak kalau sejuk ataupun angin nanti. 

3) Halba - Halba ni kalau ikutkan tak sedap.haha. tu bagi aku lah kan. Tapi halba ni pun mmg berkesan for me. Tapi aku tambah madu untuk kasi penambah selera air halba tu jadi sedap sikit. RECOMMENDED!

4) Horlick + Milo - Horlick mmg femes. Boleh consume time pantang. Mak selalu pesan tiap kali pantang, " kau kena minum Horlick, sebab engko tu menyusu". Kalau tak Horlick, boleh try jugak minum Milo. tapi Milo tak ramai orang nak consume time pantang, sebab takut sembelit, but for me, waktu tengah lapo, suka minum milo panas-panas dan cicah dengan biskut oat. 

5) Kurma. Stok kurma memang wajib ada. Kalau anak u kena jaundice, ibu-ibu sekalian silalah makan kurma banyak-banyak ok untuk kurangkan jaundice InshaAllah dengan menyusu badan. 

6) Supplement - Semestinya consume supplement SHAKLEE.


So, aku consistentkan minum ESP untuk membantu production susu lebih banyak dan pekat .

Yang atas ni ialah menu yang aku sendiri try untuk milk booster 

ESP SHAKLEE + SUSU DUTCH LADY FULL CREAM + KURMA + BADAM 

Apa hasilnya? Hasilnya, waktu malam jadi seksa sikit sebab nak kena kejut baby suruh menyusu :'D

Macam mana cara nak buat? 

Kurma dengan badam tu aku rendamkan dulu. Then susu Dutch Lady full cream aku blendkan dengan badam dan kurma. Lepas dah siap-siap blend, aku campurkan dengan ESP SHAKLEE (PALING WAJIB LETAK!!), pastu terus shake, shake,shake uolsssss! hihi. Sedappppp ! 

Nak tengok macam mana video tutorial buat resepi milk booster ni boleh follow 
IG : @irinenadiabeauty 


1st : Fiska Medina, 3 tahun 5 bulan 
(masih menyusu badan sampai sekarang, cuma bezanya, dia dah wean off masa umur 2 tahun lebih, tp dia menyusu lagi dgn aku untuk tidur petang dan tidur malam. Lain-lain masa, dia dah minum susu kambing Rayden.)

2nd : Hasya Tasnim, 1 tahun 7 bulan. 
(masih menyusu badan, sekarang share menyusu dengan adik baru dia. Masa pregnant anak ketiga, aku teruskan menyusu dia sambil mengandung dari awal pregnant sampailah bersalin dan sampailah sekarang. Sama juga situasi masa pregnantkan Hasya, menyusukan Medina daripada awal pregnant sampailah adik dia keluar dan share sama-sama)

3rd : Baby Umar Fahri, 13 hari.
Menyusu badan, kongsi dengan kakak-kakak dia.haha. Tapi apa-apa pun, sebelum nak menyusukan kakak-kakak dia, aku akan pastikan si adik menyusu dulu. Apa-apa pun, biar adik dulu yg menyusu. Lepas2 tu bg kat kakak dia. 

Fuhhhh. 


Semestinya nak menyusukan anak-anak syurga ni perlukan macam-macam usaha. 

Apa yg boleh di share ikut pengalaman diri sendiri macam mana boleh fully bf kan anak-anak :- 

✅Consume milk booster. Sepanjang menyusukan anak-anak, supplement Shaklee tersangatlah membantu.

✅Air masak pun lebihkan jugak utk menghasilkan production susu .

✅Time pantang, my prinsip NO DIET! Nak diet pun after pantang nnt sbb dalam waktu pantang time tu mmg production susu tengah banyak! Rugi kalau nak sekat2 makan time pantang .

✅Makan kurma + apa2 jenis biskut kalau rasa lapar .

✅ Sentiasa pump. Once u dah pump, Miss B u akan start kosong balik,so selalunya lepas pump, Irine akan bg baby menyusu direct pulak. Stok pump tadi boleh simpan. U kena ingat,"semakin banyak demand, semakin banyak susu yg akan terhasil". Kalau u malas nak menyusu, asyik2 merungut letih la, baby minum kerap sgt, badan sakit la ape la, mcm mana nak Bf kan baby? Nak bf kan baby ni bukan tahap kena rajin je, tapi disiplin tu kena ada jugak + mental kena kuat + SABAR. So that, u akan berjaya BF kan baby sampai 2years, kalau ada rezeki more than 2years pun boleh tau.

✅ Nak menyusu, KEY POINT PALING PENTING ! --> Support daripada husband sendiri. Aku rasa dah berapa banyak kali dah aku menangis dekat husband sbb tipulahhhh kalau tak letihh nak menyusu. tp husband bg byk support moral. 

✅ Nak menyusu, fikiran u kena kosongkan. KENA SENTIASA POSITIVE. Kalau boleh, elakkan lah rasa bad mood time nk menyusu.


 Mummy-mummy dkt luar sana, lagi-lagi 1st time bakal nak jadi ibu, apa yg aku boleh pesan, jgn putus asa ok! Set dalam mind siap-siap, semua kena positive!

Ok lah, tu je nak share. Sbb ni pun antara salah satu request drpd reader blog yg mintak untuk sharekan entry berkenaan pengalaman menyusukan anak-anak :)

Follow official instagram Shaklee : @irinenadiabeauty







Mandian herba & Lulur badan


Assalamualaikum Hye :)

Harini masuk hari ke-12 berpantang dan merupakan last day pakej mengurut dengan confinement lady. Macam sebelum-sebelum ni, lebih kepada ambil pakej rawatan berurut 3 hari je, tapi kali ni mmg dah cakap dengan husband nak ambil lama sikit sbb pregnant kali ni pun dekat-dekat. Kalau boleh nak sihat dan segar betul-betul.  Jadi, ambil seminggu. Bezanya kali ni ambil complete sikit yg ada berurut, mandian herba, bertangas, bertungku, lulur, tummy binding (ikat bengkung), masakan untuk ibu berpantang (walaupun mak sendiri pun masak, tapi selang seli.hehe), mandikan baby + urut baby + tuam baby. So, start hari ketiga bersalin haritu confinement lady tu dah datang. Sebenarnya hari ketiga tu pun dah start sengal-sengal badan tau sbb badan ni perlukan urutan sebelum masuk angin. 


Setiap pagi, confinement lady akan bawak segala jenis bahan mandian herba ni untuk dia rebus dan aku gunakan sebagai air mandian. Wangiiiii sangat-sangat air herba ni. Yang uncang tu bahan penting. Besar jugak uncang herba ni,dalam tu ada macam2 kandungan herba katanya. Aku ni pulak memang jenis banyak tanya. Kejap-kejap tanya apa fungsi mandian herba ni, apa fungsi bertangas, apa fungsi bertungku dan bla bla bla. Katanya, mandian herba ni fungsinya untuk buang segala jenis penyakit dan sakit-sakit dalam badan, kasi segarrrr itu badannyaaa, kasi badan wangi lepas bersalin. 

Oh ya, confinement lady yg aku ambil ni orang Indonesia. Aku tanya dekat dia, kalau ikutkan orang Indonesia punya cara berpantang lagi ketat. Kalau pakai bengkung tu, bukan pakai time berpantang je, tapi 3 bulan kena pakai straight! nak tido pun pakai bengkung. Nak keluar pun pakai bengkung. Cop, diorang punya style, kekalkan pakai bengkung jenis yg berikat tu tau, bukan bengkung instant. So, bila tiap kali berjalan, perut tu rasa selamat, perut tu tak jatuh. Yelah lepas bersalin ni kan badan mengembang, so nak kekalkan shape badan tu biarlah daripada awal. Aku tanyalah, tak susah ke pakai bengkung ikat tu? Pakai dan ikat sendiri ke?

Dia jawab, 

"Iyaa agak sulit mau pakai itu bengkung hari-hari. Saya pakai dan ikat sendiri. Tapi coba saja lihat saya, udah anak 5, perut masih kempissss!. Kencangggg gituuu!" 

Punya confident dia jawab soalan aku. haha. Aku pun iyakan ajeee.
Kencang pun kencanglah.


Last day pantang tadi, dia pakaikan lulur satu badan. Lulur ni berasaskan lulur kopi. Memang wangi sangat-sangat bau kopi. Dah la tengah pantang, sambil lulur, sambil terbayang air kopi. wuuu. Aku kalau dalam bab-bab segala jenis lulur ni memang suka, lagi-lagi time pantang. Sebab time pantang ni la nak lakukan aktiviti sental-menyental daki-daki yg hinggap time pregnant. Pregnant kali ni Alhamdulillah, stretchmark x de sbb hari-hari masa pregnant amalkan minum ESP Shaklee.  Kalau u time pregnant naik banyak stretchmark @ daki-daki gelap dekat leher ke, celah2 tersembunyi, kena pakai lulur ok! My own experience, daki-daki masa pregnant ni, kena sental masa awal-awal berpantang. Kalau u x jaga and buat dari awal kan, kesan-kesan tu susah nak hilang. Dalam erti kata lain, daki2 tu akan jadi degil !! haha. So, masa dalam waktu pantang tu, kesan2 degil tu still baru lagi, senang nak hilang.


Untuk yg tengah pregnant, nak elakkan stretchmark hinggap, consume lah ESP Shaklee. Seriusly, perut u akan nampak cantik je tau. 

FOLLOW IG Irine untuk details : 
@irinenadiabeauty




Sebabkan masa buat lulur tadi best dan bau sedap, aku pun tanya, ada jual x lulur kopi tu. Dia kata ada, so aku pun beli 2 balang! hehe. 1 balang ni boleh guna banyak kali. So, lepasni boleh lulur dan buat sendiri. 


Dah alang-alang tu, aku borong sekali uncang mandian herba tu. Lepasni orang tu takde, boleh buat sendiri je. Size uncang ni besar macam size tapak tangan besar, bukan cinonet. aku borong 10 paket terus. 1 uncang boleh guna 3x mandian.

Tu je lahh nak share petang ni dah alang-alang anak semua tengah tido ! hehe

Next entry kalau rajin, aku sharekan ambil dengan siapa pakej confinement beserta pakej dia sekali.
Siapa nak aku share entry tu??? hehe

Bye-bye




1st,2nd,3rd pregnancy


Assalamualaikum Hye.
Bila belek-belek semua gambar pregnancy, dapatlah combine kan semua gambar setiap kali sarat mengandung. Alhamdulillah ini semua anugerah daripada Allah, saya doakan semua wanita-wanita yg dah berkahwin di luar sana dapat merasa nikmat mengandung. Amin, amin, amin.



Just for sharing, ramai yang tanya Irine, kenapa suka sangat dengan Shaklee? irine start jatuh cinta dengan Shaklee adalah disebabkan SET BERPANTANG SHAKLEE. 1 set berpantang mcm irine makan masa 1st baby bersalin ceaser dan 2nd baby bersalin normal.Apa yg Irine dapat rasakan ialah bersalin ceaser dan normal, both luka bersalin Irine cepat sembuh dan badan cepat jadi sihat. Tak lupa jugak, sepanjang mengandung tiga-tiga ni, Irine jatuh cinta jugak dengan SET HAMIL SHAKLEE which is supplement tambahan yg Irine consume semasa mengandung.



Apa yg Irine amalkan sepanjang mengandung ?

✅ ESP memang konsisten minum dari seawal usia kandungan 4weeks sampailah saat menunggu hari ni.

✅ Vitalea Iron Formula. Membantu ibu menambah zat besi sbb biasanya ibu mengandung kurang zat besi. Kurang zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam. Sepanjang ambil Vitalea, HB dan BP doctor sentiasa puji bacaan cantik Alhamdulillah.

✅ Vitamin C. Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik. Kalau Irine demam/selsema/x sihat, Irine akan up kan dose 2 biji vit C. Tak perlu lagi makan panadol sebab tak digalakkan ambil. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.

✅B-Complex. Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex mengandungi folic acid yg diperlukan oleh ibu mengandung .

✅Ostematrix . Yang ni adalah fevret Irine. Dah berbotol2 habis sebab tiap malam akan wajib telan utk elakkan sakit2 badan, kaki kebas. So far kali ni tak rasa kaki kebas, simpul biawak, dan rasa lebih bertenaga. Yang tak minum susu, boleh gantikan dgn OSTEMATRIX. Please remember, baby serap almost 90% kalsium ibu sewaktu mengandung.

✅OMEGA GUARD. Irine ambil start dr 2nd trimester sehinggalah 32 weeks 3rd trimester. Omega Guard bagus utk perkembangan otak baby dan kandungan Omega Guard lebih baik berbanding minyak ikan seperti Neurogain. Neurogain sebotol tahan sebulan, tapi Omega Guard sebotol tahan 3 bulan. Nampak penjimatan di situ? 



Ada tak yg pregnant tapi rasa badan lesu je, tak bermaya, bacaan HB dan BP tak cantik, keluar masuk hospital masuk air, kena minum air gula sebab berat badan naik terlebih? Irine sendiri pengguna tegar supplement hamil SHAKLEE suggestkan set ni utk u all :) 

Dapatkan harga PROMO JAUH LEBIH MURAH serta special consultation/guide cara makan supplement dengan betul dengan Irine.






Boleh follow Instagram Shaklee Irine :-
@irinenadiabeauty

Irine Nadia
Whatssap : 010-2210776
Your Health & Beauty Consultant




Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


Assalamulaikum Hye :)
Sebenarnya time pantang ni banyak masa terluang. Jadi aku ambil kesempatan nak update blog sekerap mungkin dan semampu mungkin :P Alaa update blog pakai phone je nih.hehe


Sebabkan ramai yang bertanyakan boleh tak sharekan menu2 time pantang, yg tu sebenarnya aku banyak ikut menu dalam facebook je. Kan sekarang ramai orang share kan. Yang aku boleh sharekan ialah jadual makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan semasa pantang. Yg ni aku dapat daripada confinement lady yg aku booked. Boleh lah u all pun refer-refer in future bila time pantang 
ok?








So far, pantang kali ni memang aku bagi list ni siap-siap dekat husband masa dah bersalin haritu. Senang terus print out and bagi dekat husband suruh carik stok-stok lauk mentah dan stok makanan kering untuk kudap-kudapan. Yg stok kudap-kudapan macam segala jenis biskut tu penting! sebab time pantang nafsu makan aku macam tak serupa orang sikit ! haha.




Ok tu je entry kali ni nak share ! 
Nak share entry ni dipersilakan utk buat rujukan.

tata!




 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in