Make up during pregnancy


Assalamualaikum..

Yer, macam tajuk kat atas ni, percayalah yang kali ni Irine akan cerita dan sharekan serba sedikit tentang make up. Kali ni ceritanya jadi versi lain sedikit. Sebabnya, Irine nak ceritakan make up masa mengandung. Selalu kita dengar, time pregnant ada certain wanita tak suka nak bermakeup, tu normal dsebabkan pembawakan budak. Tapi, bagi Irine Alhamdulilllah untuk 1st pregancy ni masih ada mood untuk bermakeup dan nak kelihatan "berseri". hihi. Maksudnya Irine still ada mood untuk kelihatan "alive" dan seboleh-bolehnya nak elakkan daripada orang nampak muka kita pucat atau letih masa mengadung. Tapi, sebagai wanita pregnant mmg irine tak suka make up yg terlalu over (sebelum pregnant over ke? :p)

For me, time2 pregnant macam ni, kalau boleh taknak make up yang boleh buat Irine rasa tak selesa dan rimas. Biarlah tak tebal asalkan nampak bermaya. Tapi at the same time Irine perlukan basic make up dan suka make up jenis yang bertekstur ringan. Yang palinggggggggg pentingg barang make up yang digunakan tu selamat untuk wanita mengandung (time mengandung ialah time yang paling banyak pantang-larang, jadi bukan fikir diri sendiri je, tapi untuk anak dalam kandungan sekali) serta pada masa yang sama HALAL.
 

Survey punya survey, terbaca dekat beberapa entry blog dekat blogger lain yang bagi banyak good feedback tentang product FCC iaitu Farmasi Colour Cosmetic. Tertarik jugak sebab ramai bloggers yang komen FCC ni best dan texturenya ringan :)



Sejujurnya, Irine baru 1st time dengar dan nak cuba FCC ni. So, lepas dapat tau, Irine pun decide nak cuba dan rasa sendiri. Puas pujuk minta kebenaran suami nk try product ni..huhu. FCC ni adalah jenama kosmestik antarabangsa yang berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak di Malaysia selama 5 tahun.

Haa ok sebelum tu, Irine bet mesti ramai yang akan tanya "halal ke product FCC tu Irine?". Jawapannya Yer! In Shaa Allah HALAL. Setahu Irine FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey. Dan sekarang mereka tengah mendapatkan kelulusan dari Malaysia pula. Jadi, tak perlu ragu-ragu sebab dan pasti ianya selamat digunakan untuk wanita Muslim di luar sana :) In Shaa Allah. 



Hoho, nihlaaaa set yang paling best Irine pilih untuk dipakai semasa pregnant sekarang. Oklaa tu kan, ni kira tebus balik barang make up untuk hantaran aritu yang tak kesampaian nak belikan. hihi.

Jadi, antara product2 yang sempat Irine rembat satu persatu iaitu Bb Crem, Compact Powder Cum Foundation (texture dia sangat halus, senang nak bawak pegi travel), Eyeshadow (suka sangat color ni sebab nak pilih yang natural color), blusher, eyeliner, lipstick,  dan wet wipes. 



 BB Cream. Masa ni minta tolong suami shootkan, macam buat iklan komersial product pulak.. :p

Macam sebelum ni, Irine jarang pakai Bb cream sebab melekit dan berminyak. Bukan jarang beli, memang tak penah beli pon! hehe. Irine lebih suka guna naturactor je. Disebabkan cepat terpengaruh tengok product2 FCC ni, terus try beli. Hasilnyaaaaaaaa? Haaa hasil daripada pengalaman Irine yang baru je cuba BB Cream drpd FCC ni memang besttttt sangattt ok! Serius bila pakai tak rasa berat pada muka, pada masa yang sama act as pelembab, pelindung sinaran UV, krim asas muka, agen anti penuaan, dan bedak asas yang telah digabungkan menajdi satu. Sebab tu laaa BB cream ni dipanggil "ALL IN-ONE-BB CREAM"  :) Recommend sangat dekat korang ! 



 Wet tissue. Irine ambil wet tissue ni sebab malas nak pakai remover yg jenis air tu lagi. Malas nak bawak berat-berat dalam handbag. Lagipun, wet tissue ni Irine guna wangii sangat sebab ada aloe vera dan mineral complex. Bersih secara effectively dgn satu wipes je, dan sesuai untuk area yang sensitive seperti kulit mata. Bagus guna kalau nak bersihkan make-up sebelum wudhu/solat, cara cepat dan paling mudah, sebab takde org bwk skin care dlm handbag.


So, selepas try punya try, nila hasilnye lepas menggunakan product2 dari FCC :P
Frankly speaking, irine suka sangat dia punya lipstick! Lagi2 untuk jenis macam Irine sebab jarang pakai lipstick lebih kepada lip balm. Lipstick from FCC sangat tahan lamaaaaaa.suke2! :D
tak lupa juga eyeliner yg sgt pekat dan tak comot :'D


Amacam terpengaruh tak dengan entry ni? hehe. Ok tu jelahhh nak share, kalau korang nak beli dan nak dapatkan product FCC , boleh buka dan tengok Facebook Page  
Farmasi Colour Cosmetics.  
Irine check out FB FCC ada buat giveaway BB Cream.. Just LIKE their page and if terpilih, dapat BB Cream + special invitation sempena NEW product launch on 2nd April ni. Yayyyyy! irine pun nak try nasib.haha
Jommmm!







Happy 3rd trimester


Assalamualaikum.

Alhamdulillah..berjaya melepasi 1st dan 2nd trimester yang sangat mencabar tu. huhu.
Sekarang genap masuk 3rd trimester mengandung. Means ada masa 2 bulan lagi mengandung sebelum nak bersalin :) Eh cepat kan? Rasa macam baru semalam tau pregnant. huhu. Kadang-kadang duduk sorang-sorang rasa rasa macam taknak kasi baby keluar lagi, huhu (boleh ke camtu), sebab nanti mesti rindu waktu-waktu pregnant. Waktu-waktu pregnant ni
i tell youuuu all, ramai sangat yang beri perhatian! hihi.  Syokkk dan besttt :P
Kalau anda berpeluang merasai macam apa yang Irine rasa sekarang, silalah nikmatinya sebaik mungkin. Enjoyy betul-betul, kenangan manis semua ni.




Gender baby? ngeeeee.
Long Dress from PopLook.com


Pergerakan baby dalam perut sangatlah aktif. Kadang-kadang suka sangat parking dekat perut belah kiri. Keras semacam. Taktaulah tu badan dia atau siku ke ape ke. Tapi best, time tulaa ambil peluang cakap sorang-sorang dengan baby dalam perut.  Terkenangkan 1st trimester dulu, tak sangka dah berjaya melepasi dugaan-dugaan muntah loya bagai.  2nd trimester pulak selera makan membuak-buak.Dan harap-harap dengan permulaan masuknya 3rd trimester ni dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Mengharapkan doa daripada kawan-kawan agar Irine selamat sehingga 9 bulan akan datang dan saat-saat genting nak bersalin nanti :'D


Permudahkan segala urusanku Ya Allah....Ameen :'D
Please doakan baby dan Irine sihat. Tak lama je lagi.... :)

Blouse from PopLook.com

Eh macam pendek je kan entry kali ni? Haha. dahlaa, mengantuk ni.





DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN


Ini antara doanye...
Thanks to Kak Nanie sebab sharekan doa2 ni daripada blog puterijasmin.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.


“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,

Kemudian pula :
5.


“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :



8.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq




10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insaallah akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

List keperluan baby (newborn)



Assalamualaikum. Tajuk macam tak boleh nak poyo lagi. hehe. Dalam banyak-banyak entry nak buat, entry kali ni paling excited nak type. Yelaaaa, dulu selalu tengok mummy to be yang lain busy update checklist keperluan baby. Tapi masa tu baca pon gitu-gitu je sebab belum sampai masanya lagi nak beli. Haaaa sekarang ni, gigih buat checklist nak beli ape laaa tu laaa. Pening rupa-rupanya @__@ Nak-nak ni adalah 1st pengalaman mengandung dan 1st baby. Haruslah excited dan haruslah semua barang-barang baruuu.hihi.  

Sekarang ni masih dalam proses kumpulkan info barang apa nak beli and yang betul-betul penting untuk baby lahir nanti. Kalau nak diikutkan semua benda nak beli. Tapi, biasalaaa kena fikir betul-betul nak beli barang apa je yang betul2 penting sebab baju-baju baby yang cinonet tu ponnnn sekarang mahal.Lagi mahal daripada baju orang dewasa ni. 

Suami pun memang dah cakap awal-awal, beli barang-barang baby boleh start masa kandungan 7-8 bulan. Dah boleh start dah ni.Yeayy. Puas tunggu.  Dengan preparation yang ala-ala suam kuku ni, hari-hari berdoa supaya janganlah bersalin awal. Ye rrr, kang maunya tak sempat nak beli barang apa-apa. Tapi dalam senyap-senyap, berjaya jugak rembat beli sikit-sikit macam bedung, tilam bayi, baju-baju bayi (2-3 helai je dulu sebab nak tgu ekspo baby bulan 4 dengan bulan 5 ni..hihi).



Sekarang :) 58 kg daripada 53 kg.
Ok laaa tu nampak jugak perubahan nombor yang naik. huhu.


So, seperti yang dijanjikan, nillah antara barang-barang keperluan yang Irine refer dekat blog-blog mummy to be yang lain. Copy paste terus kt blog diorang untuk buat refer. Korang nak refer pon takde hal.Yang penting ingat satu je, beli ikut keperluan bukan kehendak ok! (geli je nasihatkan orang, tapi diri sendiri pon banyak yang beli lebih kepada kehendak..wakaka).

Baby [PAKAIAN]

1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak
2- Baju malam @ tidur-baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties-yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki.
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib- mula-mula rasa macam taknak beli, tapi tengok ada baby yang minum pakai botol dan susu meleleh2 kene baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan jugak kot. .
9- Barut-yang ni penting untuk baby.
10- Bedung- haaa yang ni banyak gilaaaa beli! haha. taktaulah kenapa, maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.



Diapering


1-Napkin- dah terbeli sebenarnya brand Pureen. beli 1 pack je, kalau guna pon mungkin untuk bedungkan baby je atau sebagai backup.

2-Diapers @ Lampin pakai buang- setakat ni survey-survey ramai yang suggestkan beli brand Mamy Poko atau Pet-Pet. Ramai yang cadangkan beli lebih sikit sebab baby awal-awal banyak kali "poopoo".hehe. Tunggu masa ekspo baby nantilah nak borong , murah sikit.
3-Wet Tissue
4-Changing mat- untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiber terkencing mase bukak baju dia.

5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6-Detergent khas pencuci baju


Baby Care dan Grooming

1-Bedak Bayi

2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) -jenama Johnson&Johnson
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon-nak beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ade dengar minyak tu tak halal..biler kite was was kite tak ley guna..jadi nak carik minyak telon pulak
7-cotton ball
8-Nappy Cream-beli kot2 montot baby nanti tak sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [keperluan tidur baby]

1-Set Tilam
2-Baby Cot-tak beli lagi sebab suami cakap bulan depan baru beli.Yeayyy! dah survey and dah ada yang berkenan di hati :'D
3-Kelambu[mosquito net



Feeding

1-Botol dan puting susu saiz S - maybe akan beli jenis Tommee Tippee
2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump
- -belum beli lagi. Plan nak beli dekat ekspo baby nanti. Dalam hati dah berniat awal-awal nak beli jenis Medela Freestyle, puas dok berperang dengan suami sebab dia cakap mahal sangat.haha. Tapi takpe, masih dalam proses menggoda dia supaya beli jugakk. Tak kira, tak kira. 
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow- yang ni dah beli masa kandungan 3 bulan aritu sebab keperluan tiap-tiap malam nak tido lapik bawah perut dengan bahagian pinggang. So nanti baby dah keluar boleh lah guna balik time nak breastfeed baby.
11-Nursing Bra
12-Termos


Travel

1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer..
3-Baby carier

4-Stroller- maybe akan beli selepas bersalin nanti.
5-Nursing cover-senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat

Bathing


1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub
3 Toiletries set
Keperluan berpantang 

1 Set jamu
2 Tungku
3 Tuam/tungku baby-ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4 Baju sejuk
5 Kain batik-mintak kat mak je sebab mak ialah peminat tegar kain batik! haha.
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby



Ok tu je, lain-lain kalau ada adik bradik yang bermurah hati bagi baju anak2 diorang yg still cantik, tu dianggap bonus dan rezeki baby dalam perut la. hehe.

Good luck mummies!



Produk kegunaan selepas bersalin


Assalamualaikum. Hye.
Dalam blog Irine rasanya mmg banyak Irine dah sharekan serba sedikit apa yang Irine pakai semasa mengandung. Terutamanya produk losyen mustajab ni :) Macam yang lepas-lepas Irine kenalkan and share satu-satu 3 jenis haruman losyen mustajab iaitu Delima, Rose dengan Jasmine . Ramai jugak yang tagged Irine yang diorang pon dah beli and puas hati! hihi. 

Ok satu lagi losyen mustajab yang Irine nak share kali ni ialah jenis "lime and ginger extract".
Eh jangan salah faham tau, Irine cakap siap2 irine tak sapu pada perut. Yang ni antara salah satu produk yang Irine dah sediakan dalam list keperluan selepas bersalin. Sekarang pun rasanya banyak benda dah yang Irine dah patut sediakan selain daripada set bersalin. Irine pilih losyen mustajab yang color hijau ni sebab jenis limau nipis, best dan panassss :D 

Sebenarnye terpengaruh jugak Irine dengan certain mummy to be yang lain, diorang pon ada beli losyen ni untuk kegunaan lepas bersalin. Jadi, irine pun follow je memandangkan Irine memang dah lama amalkan losyen mustajab, nak proceedkan jugak sehingga lepas bersalin :)


Ni antara kelebihan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ( Rm 24 Sm/Rm27 SS)
  • Untuk kegunaan wanita selepas bersalin
  • Mengurangkan kedutan pada kulit
  • Menghilangkan rekahan pada perut dan pinggul
  • Menyingkirkan toksin dan anti bakteria

Jap-jap, Irine ada ternampak dekat Facebook Dunia Herbs, sekarang ni bermula dari 1 Mac 2013 hingga 31 Ogos Dunia Herbs ada buat promosi untuk produk Losyen Mustajab Pati Halia Serai + Losyen Mustajab Pati Halia Pegaga dengan harga Rm 30.00 sahaja! Murahhhhhhh ok! tapi, tapi, promosi ni dalam bentuk kombinasi je. Maksudnya, promosi ni sah dalam 3 kombinasi iaitu :- 

1- Losyen Serai + Losyen Pegaga
2- Losyen Serai + Serai
3- Losyen Pegaga + Pegaga





Haaaa best kan? Murah pon murah! Kalau nak tau, irine dah banyak dah collection losyen mustajab ni. Kadang2 beli banyak2 jenis bukan untuk Irine sorang, tapi bagi mak ayah guna and suami pon guna jugak :)

Nak tau lebih lanjut pasal ni, you all boleh like facebook dan tengok2 website dunia herbs :)


Facebook : DUNIA HERBS  
Dunia Herbs Website : http://duniaherbs.com.my/dhv2/






Pelamin, hantaran, doorgift by Rastali


Salam. hai , hello, hola.
Sory lama sangat berdiam dekat blog. Masih berada dalam mood final exam lagi :'D

Okehh, Irine tengok dekat statistic blog , mostly readers yang masuk blog Irine semua cari dan survey berkenaan dengan engagement and wedding. Maybe sebab blog Irine ada sikit-sikit tips dan promote vendors yang Irine gunakan time engagement and wedding yang lepas :) 

Untuk kali ni, special for bride to be yang still pening kepala tengah mencarik orang yang sesuai untuk buat pelamin, gubah hantaran, doorgift, or maybe..sewa peralatan untuk korang punya event?
So, apa kata u all try 
 RASTALI

Collection from Rastali ni yang Irine suka sebab cantik-cantik dan unik! jangan risau, dari segi harga, memang affordable sesuai dengan service yang korang dapat nanti daripada diorang


Cantik kan? Dekat Rastali ni, kalau korang nak carik tempat untuk gubahan hantaran, Rastali adalah salah satu yang Irine suggestkan. Kalau korang taknak guna dulang hantaran sendiri, boleh sewa dulang yang cantik-cantik ni dengan diorang. Kalau nak request fresh flowers, pon boleh jugak! Now trend memang  fresh flowers laa kan :) cakap je you all punya theme and color, and Rastali boleh buatkan :) 

Omaigod...pengsaannnnn! cantik sangat. fresh flowers :'D

 
 
 Class Red Velvet Hantaran Deco by Rastali 



Melting tak? Irine sure yang nak kawen tu mesti mata rambang gile bila tengok gubahan hantaran fresh flowers macam ni. Same like me dulu2 masa sebelum nak kawen, kalau boleh semuaaaa nak! 



Rastali pon ada jugak buat sewa barang-barang untuk wedding. Boleh cut cost kalau kita just sewa je.
Yang ni antara barang2 yang Rastali sewakan. 

Chairs and pillows 

Laced umbrella 

Bantal Nikah


Wooden box and books


White notice board/stand

Arch (included flowers)


Or maybe ada jugak yang cari doorgift yang unik,Rastali pon ada jugak :)




  

Or maybe ada jugak yang carik pelamin? Yang the latest, Rastali buat pelamin di Putrajaya Cruise :) Cantikkk sangatt ok! Love it and nampak so creative. Kalau nak tengok banyak gambar lagi, pegi LIKE cepat2 page diorang k. 

Owner Rastali ni ialah one of my good friends jugak. Jadi, diorang tersangalahhh bagus dan senang nak berususan lagi-lagi dalam bab macam ni. Kalau Irine kawen lagi sekali, mesti Irine akan pilih diorang! :) 
Salah satu tips yang Irine boleh kasi dekat bride to be semua, time-time nak pilih vendors ialah saat2 sangat penting bagi kita. Sebab apa? Sebabnya, tak semua yang kita rancang akan berjalan dengan smooth. So, kalau nak carik vendors, pilih dan carik yang betul2 serious dan friendly berurusan dengan kita. It's ur wedding ok! Bukan orang lain :)

So, apa kata u all try
Check it out!


























Pengalaman bawa baby masuk dewan exam


Salam. 
Sekarang masih berada dalam mood exam lagi. 2 minggu exam..Fuhhh, jgn risau, masih larat lagi untuk jawab exam. Masih kuat dan bertenaga lagi ni! Cuma yang agak cabaran dan dugaan sikit bila masuk dalam dewan exam, terpaksa tahan sakit-sakit badan dan pinggang duduk atas kerusi. Nak-nak sekarang bila sistem exam dah bertukar. Kalau sem lepas, sejam sebelum habis exam, sape dah setel jawab nak keluar awal boleh keluar. Tapi sekarang ni, diorang memang dah tak kasi langsung keluar, kena tunggu jugak dalam dewan sampai habis waktu T___T   
Emm..takpelah..tahan je laaa sakit. 

Tapi yang bestnya bila jawab final exam kali ni ditemani dengan baby dalam perut. hihi. Walaupun baby tak keluar lagi, tapi tiap kali jawab exam, rasa macam bawak "someone"  masuk jawab exam sekali. :'D (mengada-ngade sangat! ) Lagi satu yang bestnya, pengalaman ni Irine anggap macam sweet la jugak, sebab bila Irine tengah menulis-nulis jawab exam, baby dalam perut dok tendang-tendang. huhu. Kuat pulak tu, boleh nampak perot bergegar. Tanjatt boboyy.  So, jawab exam dalam keadaan yang tersenyum and rasanya lagi semangat nak jawab :) 



Salam Jumaat semua :) hari ni berbaju kurung la kita pegi jawab exam.
Sebenarnya kalau nak tau, baju kurung ni bukannya muat mana pon. Kain tu dah tak boleh zip habis pon, apetah lagi nak cangkukkan. Dapat zip sikit cinonet je, takpe, kreatif letak pin kat tepi kain :P  

Sebenarnya, mana-mana ibu yang tengah mengandung pon mesti nak anak dia bijak kan bila dah lahir nanti. Sama macam Irine. Walaupun agak2 malas, tapi dapat cover bila tiap-tiap hari pegi kelas. Sem tahun ni pon banyak buat calculation, asyik menghadap nombor je depan bijik mata. Lecturer Irine pon banyak kali cakap, kalau rajin buat kira-kira masa mengandung nanti anak bijak. Walaupun tak berapa nak expert sangat dalam bab kira-kira (haha), tapi InshaAllah, kita usaha dan berdoa je lah kan :) 

Yang bawah ni pulak Irine google tentang rahsia orang Yahudi ni bijak pandai dan cerdik. Takde niat nak membanggakan diorang, tapi perkara yang baik kita perlu ikut contoh :) Lagipun memang dah femes kan. Dikatakan orang Yahudi ni akan mengambil kelas atau membuat latihan matematik sewaktu mengandung. Itu antara faktor orang mereka ramai bijak2. Jadi, banyakkan la kira-kira, buat latihan matematik mudah hinggalah sukar, dan ada sesetengah orang main sudoku. Tapi, malangnye Irine tak pandai main sudoku! haha. Irine gantikan dengan buat latihan matematik dalam subject kat kelas.

Yang lain-lain tu boleh baca kat bawah ni, irine copy kat google.
  • Ibu Yahudi yang mengandung kerap memakan kacang badam dan kurma berserta susu. Makanan tengah hari mereka adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam.
  • Menurut mereka,daging ikan baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan pula akan merosakkan pengembangan otak anak dalam kandungan. Mereka kerap memakan pil minyak ikan.Malah,di mana-mana rumah Yahudi,mereka akan menghidangkan ikan atau filet.
  • Mereka tidak mencampurkan ikan dengan daging ketika makan kerana ianya tidak elok untuk penghadaman perut.
  • Salad dan kacang terutamanya kacang badam merupakan makanan asasi mereka ketika makan.
  • Mereka memakan buah-buahan dahulu,kemudian,barulah memakan hidangan utama. Menurut mereka,memakan makanan karbohidrat sebelum memakan buah-buahan akan menyebabkan badan terasa letih dan lembab belajar.
  • Merokok merupakan satu kepantangan. Sekiranya ada orang yang merokok di dalam rumah mereka,mereka akan segera menghalaunya. Namun,pengeluar rokok terbesar di dunia dipunyai oleh orang Yahudi. Mengapa?
  • Kanak-kanak Yahudi ditekankan dengan pelajaran muzik kerana bagi mereka,gegaran otak akan berfungsi dengan cekap apabila bermain muzik.
  • Pada usia darjah 1 hingga darjah 6,anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pembelajaran Sains.

Ok tu jelah untuk entry kali ni. Tapi apa-apa pon, bak kata suami Irine, usaha tu usaha jugak, tapi amalan ibadat jangan tinggal pulak. Suami selalu ingatkan baca surah-surah dalam Al-Quran. Kalau datang time malas tu, memang dia akan paksa baca jugak sampai habis :') Semuanya demi anak dalam perut kan. InshaAllah kita amalkan sama-sama. 


Ok Bye.




 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in