Maternity Shoot..


Assalamualaikum.
Ok dah ada mood semula nak type untuk entry kali ni. hehe. Final exam pun dah habis, now dah boleh goyang kaki berehat dekat rumah sementara menunggu masa.

Agak mencabar jugak, 36 minggu bersamaan nak dekat 9 bulan Irine bawak anak dalam perut ulang alik pergi kelas tiap-tiap hari. Eh rasa macam kejap sangat ? Ingat lagi, masa awal-awal dapat tau pregnant,masa tu baru 4-5 minggu. Pergi kelas dalam keadaan mabuk-mabuk, loya-loya tak hengatt dunia. Sampai sekarang, banyak plastik dalam bag pergi kelas nak buat back up kalau termuntah dalam kereta.

Keadaan dan kenangan yang paling tak boleh lupakan, masa awal-awal dululah. Irine rasa dah pernah cerita dekat entry dulu.Suami anta pergi kelas, sempat lagi muntah dalam kereta. Padahal lagi 5 minit nak sampai tu. Boleh dikatakan hari-hari la jugak muntah dalam kereta, tapi berbekalkan plastik lah. Kereta suami jadi mangsa.Bila cerita dekat suami pasal ni, tau ape dia cakap? Dia cakap camni
" haaa tengok, dah 36 minggu pon, sampai sekarang abang tak basuh lagi dalam kereta tuh". 
HAHA. sentap maks.

Lama jugak tahan mabuk2 semua ni, alah Irine elok bila dah nak cecah 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu laa paling teruk sikit ..*Baby! Besar tauuu pengorbanan ibu awak ni, bawak awak ke hulu ke hilir dalam keadaan sakit-sakit"

Lagi satu, paling tak tahan time nak pergi kelas, kena siap-siap jauhkan diri daripada budak-budak lelaki.Tiap kali kalau dekat, nak-nak bila dalam lift, mesti dalam lift tu jugak nak termuntah sebab bau badan diorang *wuuu..soryy koranggg, pembawakan anak, bukan salah i :P hiks.


Ok tutup cerita pasal tu *


Bukak cerita pasal lain..






Hari Ahad lepas, macam yang diplankan sebelum mengandung lagi (over tawww plan siap2), Irine and suami saje-saje nak shoot untuk maternity. Shoot semasa mengandung. Dalam banyak-banyak shoot, shoot kali ni agak best and sempoi sikit. Sebab shoot dalam rumah and bilik je.haha. Mula-mula tanya dekat suami, kat mana nak shoot, dia cakap shoot dekat2 je. Irine teringin gak nak shoot kat luar, tapi suami cakap larat ke. Terus tak jadi. Ikut jelah idea suami. Percayalah, banyak2 idea, idea suami paling terbaik. Gituuu.

Berbekalkan dengan 50 belon gas helium sebagai props, dah cukup dah untuk shoot maternity ni. Simple je kann..hehe. Shoot ni sebagai kenang-kenangan untuk 1st time merasa nikmat mengandung. Nanti anak dah keluar boleh kasi tengok :P  Maybe boleh jadi jugak idea untuk korang nak shoot nanti ke.Mana tauu.

Jom layan gambar. Entry kali ni lebih kepada entry bergambar je.. :)



My tummy :)

Setengah orang cakap perut Irine beso. Sampaikan ada yang cakap kembar lagi tu. huhu. Mana adaa, ada satu kantung je dalam perut ni :) Jangan pandai-pandai buat gosip eh. hehe. Maybe dalam gambar je kot besar, bila tengok depan-depan, kecik molek jee perut ni ikut size badan..hihi.




Harta kesayangan dunia akhirat saya =) 
Abang tembam saya.haha. 
Aritu borak-borak dengan suami, dia cakap macam ni,
"abang rasa syg time pregnant muka elok je, sebab baby bukan amik seri syg, tapi amik seri muka abang".
haha pulakkkk dahhhh. Perasan la jugak kt muka dia :P kikiki...

Deco dalam bilik dah serupa macam suasana tadika. hehe.
Takde bilik khas untuk baby pun, bilik baby sama dengan bilik ibu ayah dia jugak. Katil dia pon letak sebelah katil kitorang, sebelah Irine je.



 Tilik gender la konon.. :'D



"Haaaa..dah tauuu dahhh gender apeeee.."
hehe :'D
 

"Assalamualaikum baby Ibu dan Ayah" :)


  Sebenarnya yang Irine pegang tu gambar scan baby 3d/4d yang lepas. Tapi tak jelas pulak dalam gambar ni..hehehe.



Kasut cinonet baby.. :'D


Version tembam :'D 
Bukan selalu boleh tembam camni..hee.


Best rupa-rupanya bila mengandung. Ya Allah..Tuhan saja yang tau perasaan ni..


Sape cakap mengandung2 tak boleh lentik-lentikkan badan? :P
 

Awak...berat kita dah sama sekarang. huhu..


I love Ibu Ayah


 


dialog yang suami selalu cakap dengan baby dalam perut :-
Suami : "baby...kalau sayang ayah tendang sikit"
Me : *cepat-cepat tarik nafas sebab dengki..haha*
Baby : "kick* !! 
@____@
 

 Our Family =)
kucing tersayang, Si Bubbu. Daripada awal dulu sampai sekarang, dia je lah penghibur kitorang berdua :) tapi malangnya Bubbu tak sporting time ni, dia takut belon.haha. Padahal kucing jantan tuh. Ish.




Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.






Bye, Assalamualaikum






9 Months Journey...


Assalamualaikum...



hehe (gelak dulu)

Alhamdulillah, 36 weeks sudah.
Setel salah satu wishlist sepanjang pregnant. Nak shoot maternity.
Nak shoot post-wedding tak sempat, so kali ni dah alang-alang buat skali dgn shoot baby.



To be continued....






Super duper busy


Assalamualaikum.
Curi masa 10 minit untuk update blog. Sempat lagi. Padahal tengah siapkan assignment. Kepala sakit sebab hadap banyak sangat assignment 2-3 minggu ni. Semua kena submit sebelum final exam minggu depan. Takpelah redha, kasi pejam mata semua tu sebelum nak cuti bersalin. Sepanjang bawak "perut" ulang alik hari-hari pegi kelas, so far takde banyak masalah. Alhamdulillah sebab ramai kawan-kawan kelas yang baik-baik hati. hehe. Semua macam bertukar jadi caring semacam.haha. Bila lagi nak merasa macam tu ye dak?
Tapi tu lah, seminggu dua ni dah makin kerap rasa macam "braxton hicks". Bila dalam kelas, perut akan rasa sakit sangat macam baby acah-acah nak keluar. huhu..Yg tu nanti2 la cite..



Rasanya minggu lepas kot paling busy, kena siapkan macam-macam dan lecturer suruh organize project. So, we all satu class decide untuk project kali ni pergi rumah anak-anak yatim dekat Subang. Sebenarnya 1st experience pergi charity event macam ni. Mula-mula dapat tau macam risau pulak larat ke nak pergi naik bas and buat project ni. Tapi sebabkan excited sangat nak cuba new experience, join jugak. hihi. Excited dia sebab nak tengok budak-budak kecik kat sana. Gambar kat atas ni dapat letak gambar kelas je la, kitorang memang dah diberitahu siap2 tak boleh letak public gambar anak2 yatim kat sana.

Dah setel project daripada pagi sampai petang, malam tu pulak siap-siap untuk abang nak nikah. Abang yang ramai cakap muka cam kembo macam i ni (phewww..haha).


You can see betapa tekunnya muka si adik nak siap-siapkan abang dia pakai sampin (tapi lebih nampak muka ke arah gangster pregnant woman..huhu whatever). Tu memang dah jadi kerja tiap-tiap tahun time raya tolong pakaikan dia sampin, kalau orang lain pakaikan mesti senget2. kalau Irine pakaikan mesti perfect. (wahaha..). Gambar macam tak banyak pulak, tapi takpelaa asalkan berupdate sikit.



Esoknya pulak, wedding reception.


Untuk wedding abang kali ni, sebenarnya kitorang adik beradik semua decide nak beli and buat baju seragam color emerald green. Tapi, bila sampai-sampai dekat Jakel, ayah cakap dia tak berkenan color tu sebab nampak macam "pasukan kompang". haha. Adoiii..last-last ayah yang pilih color ala-ala pink belacan ni. Memang color fevret si ayah. Color yang sama macam color baju Irine tunang 2 tahun lepas. hehe.



Kain baju ni dah dapat lama, tapi Irine kena tempah last minute sebab kalau buat awal takut ukuran perut tak sama and lari. Lagi 2 minggu abang nak kawen, baru pegi tempah.

Maternity custom made dress by OLD BLOSSOM BOX  :)
Love the diamonds! nampak naikkk sangattt. and dekat belakang Irine suruh letak ribbon, senang nak adjust bila dah lepas bersalin nanti. cuma tu laa, terlupa nak buat zip dekat bahagian depan untuk senang breastfeed nanti. Salah diri sendiri. huhu.

Fyi, korang boleh tempah custom made dress dengan Sis Jezmine owner OBB untuk pakai raya ni :) Just email her, and dia akan bagi quotation. Dalam masa 10 hari dah boleh siap tempah baju ni (tp utk Irine la, sebab irine request nak pakai cepat baju ni utk wedding, lagi satu sebab Irine customer yg paling awal email dia.hihi).


Full pic


Ok tu je lah. Minggu depan kenduri kawen adik ipar pulak dekat Perlis :)  


Bye, Assalamualaikum..







*kenapa aku perasan entry kali ni macam bosan gila. haha.






Marilah mari kita mengundi..


Assalamualaikum semua. 
Just want to wish Selamat Mengundi bagi yang layak mengundi esok :)
Walaupun diri sendiri tak lepas nak mengundi gara-gara tak cukup umur, tapi tak salah kalau kita sokong daripada belakang. Tahun ni, 1st time ikut suami balik kampung mengundi. Dapat rasakan perbezaan jugaklah suasana dekat tempat sendiri kat Melaka dan dekat Perlis. Tapi, apa-apa pun, hari Isnin takde kelas! haha. MB Selangor dah umum cutiii oooiii..


Inikalilah! hihi

pic credit to Oliver Mukmin
(eh macam kenal je nama, suami i la tu..hihi)




dann...
dann...............
dann................................
bukan tu je nak cite dalam entry ni. 

Dah alang-alang nak selitkan jugaklah pasal Kapsul Pati Halia Nightriem. 
Sebelum ni Irine selalu cerita dan share tentang benefits Losyen Mustajab Pati Halia kan. Mesti ramai ingat Dunia Herbs ada produk losyen sahaja kan? Tak,tak,tak..korang salah. Kalau korang pernah perasan dekat kedai-kedai jamu, mesti pernah nampak produk ni


Kapsul Pati Halia Nightriem
Sebelum ni, Irine tak pernah tau pon pasal jamu ni. Bila terbelek-belek majalah Mingguan Wanita, barulah tau. Pastu datanglaaa mood rajin google apa benefits jamu ni dan tengok-tengok blog lain yang ada tunjukkan testimoni diorang consume jamu ni.

Bagi yang tak pernah tau lagi apa benefits Kapsul Pati Halia Nightriem ni, boleh baca dekat bawah ni.

Siapa yang sesuai dan patut cuba?
  • Sesiapa yang ada masalah sembelit (highly recommend)
  • Sesiapa yang dalam proses nak memecahkan lemak  dan selulit
  • Sesiapa yang ada masalah angin dan sesuai untuk melegakan lenguh-lenguh badan
  • Sesiapa yang nak menyingkirkan toksin dan boleh merangsangkan peredaran darah
  • Harga RM 35 (SM) / RM 39 (SS)



Kalau korang nak dapatkan hasil yang mantap lagi, Irine suggestkan beli set yang macam dalam gambar atas ni. Jimat sebab ada jamu tu sebotol dan ada sekali dapat losyen mustajab extra hot. Yang Irine baca dekat facebook Dunia Herbs, kombinasi ni bagus sebab lepas makan kapsul nightriem (dimakan pada waktu malam sebelum tidur, 4-6 biji), dan lepas tu boleh apply losyen Extra Hot sebelum tidur dan selepas mandi waktu pagi. Barulah berkesann :)

Eh kejap, untuk wanita yang mengandung TIDAK SESUAI tau (Irine just share berdasarkan testimoni dan pengalaman kawan Irine sendiri).  Kalau wanita lepas bersalin nak makan boleh, tapi kena tunggu dulu selepas setahun. Pastu, nak consume no problem ! 


Apa kata korang "LIKE" Facebook Page Dunia Herbs. Lagi senang nak tau details :)

LIKE Facebook Page : DUNIA HERBS  
Dunia Herbs Website : http://duniaherbs.com.my/dhv2/











Susu kambing freshhhhh dari ladang


Assalamualaikum.
Cop..cop, rasa nak tergelak dengar lagu blog sendiri :P hahaha. Takpe, nanti tukar balik. Nak amik mood comel jap. kikiki...


Oklah, entry kali ni nak share salah satu perkara yang Irine amalkan time mengandung. Alhamdulillah, since preggy ni Irine takde alahan untuk minum susu. Sebab susu yang Irine amalkan since kandungan 2 bulan yang lepas sampai sekarang dah hujung-hujung ialah susu kambing hi-goat. Kalau korang pergi dekat tesco ke giant ke or etc, korang mesti penah nampak kiosk2 yang jual susu higoat ni.

Ada orang cakap minum susu kambing higoat nanti badan jadi panas? Ermm..so far, dah berapa bulan amalkan takde pulak badan rasa panas. huhu. Tanya kawan-kawan yang lain pun diorang cakap tak panas pun. Entah..tak tau nak ulas pasal ni. Irine minum higoat setiap hari 2 paket, pagi 1 paket dan malam sebelum tidur 1 paket. Kalau betul-betul malas, minum sebelum tidur je. Kadang-kadang pagi tu jadi liat sikit nak minum sebab kelas waktu pagi, rushing2 minum susu boleh menyebabkan muntah dalam kereta.

Sebelum ni carik-carik jugak susu kambing yang freshhhh. Ramai cakap kalau nak carik yang fresh boleh beli dekat pasar tani. Tapi nak pegi pasar tani pulak satu hal takde masa. Ada jugak kawan2 bagi no phone orang yg boleh buat home delivery susu kambing fresh tapi semua duduk area jauh. Pastu, aritu dalam group mummy2 ni, ada sorang akk suggestkan beli "Nubian Goat's Milk". hehe. Terus berminat nak beli dan carik.
Akak tu cakap, susu Nubian ni boleh buat service home delivery sekali.

Mana nak dapatkan susu kambing fresh ni? Haaa boleh tengok dekat bawah ni.


Website Nubian Goat's Milk 
 Comel kan website dia. Macam budak-budak pun ada.hihi!
Siapa2 nak beli boleh laa bukak website ni.

So far, area Shah Alam takde buat home delivery. Tu setahu Irine la, sebab yang ada diorang buat dekat area Jb, Kl, dan Penang je. Pastu, Irine pun email diorang mana nak dapatkan susu kambing Nubian ni dekat area Shah Alam. Lusa tu diorang reply cakap boleh dapatkan dekat tesco atau jusco. Lepas balik kelas, terus ajak husband menjalankan misi mencarik susu Nubian ni.



Dannnn finally jumpaaa jugak Nubian Goat's Milk :)
Irine jumpa dan beli dekat tesco, masa tu excited gile bila nampak ada jual.hihi.
Time tu ada tinggal lagi 10 botol je tak silap Irine. Irine ingat nak amik 10 botol terus nak abiskan stok kat situ, tapi husband pulakk cakap jangan tamak, amik 2 atau 3 botol je dulu. Kang beli-beli takut tak kena dengan tekak, dah dia pulak kena habiskan. huhu. So, amiklaaa 3 botol dulu.



Sampai-sampai rumah, terus letak dalam fridge. Satu tips kalau nak minum susu kambing ni, make sure minum time sejuk2. Kalau minum time tak sejuk, for sure akan termuntah balik.haha. Lagi satu, Irine suka susu Nubian ni sebab botol dia comel sangat :'D

Sedap ke susu kambing Nubian ni? Haaaaa..mestilah sedap gile! Gile ok! haha. Tapi, mungkin bagi sesetengah orang tak suka kot sebab susu ni dia ada sikit2 rasa and bau hamis kambing. Nama pon susu freshhh..Tapi, jgn risau, kalau minum time sejuk-sejuk tu, memang tak rasa pun, rasa susu biasa. Irine minum sekali teguk je dah habis. Esok tu dah habis dah 3 botol.hoho. Maybe sebab Irine daripada kecik memang takde masalah nak minum susu segar macam ni. Ayah Irine memang dah ajar daripada kecik.
Lagi satu, susu Nubian ni tak perlu risau, susu ni memang dah pasteurized :) Boleh minum tanpa was-was.

And now, susu kambing Nubian ni dah jadi one of my fevret! Boleh jadi stok susu diri sendiri dalam fridge! heheh.

Dekat bawah ni, korang boleh baca Irine sharekan benefits susu kambing.


Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Ok, bye..Assalamualaikum..





 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in