My Little Princess, Fiska Medina


Assalamualaikum. 
2 minggu tak berupdate blog sebab berada dalam tempoh berpantang lagi. Ni pun curik-curik update blog sebab anak tengah tido. Dijangkakan dalam masa setengah jam lagi dia akan berjaga mintak susu. huhu. Sebelum ni, anak akan berjaga selang 2 jam, lepas tu akan kejutkan dia bagi susu. Tapi sehari dua ni nampak dah bertukar waktu minum dia. Selang sejam dia akan berjaga merengek lapar nak susu. huhu.
*ok kejap, anak dah berjaga..*


.....
.........
Ok sambung semula, anak dah tido balik.haha.
Last post dlm blog ni, Irine cuma bagi nama anak Irine dengan gelaran "baby FM" sementara nak menunggu selepas hari ke-7. Takde tanda tanya lagi dah, Irine and suami sepakat menamakan puteri sulung kami dengan nama"Fiska Medina". Mesti ada yang rasa nama ni pelik kan. hehe.


Our little baby girl, Fiska Medina binti Mohd Amirul.
Boleh panggil Fiska, boleh panggil Medina :) Dua2 pon boleyyy. 
Baby FM pon boleyyyyy :P

 
Kenapa Irine dan suami menamakan "Fiska Medina" ? 
Nama baby ni ada maksud tertentu yang Irine dan suami telah fikirkan sesuai sebagai seorang bayi perempuan dan yang pasti tiada makna buruk. Dalam aspek memberi nama ni, dari pandangan yang dibaca dari sumber2 sahih ada menyatakan sekiranya sesuatu nama memberikan 2 makna termasuk yang baik dan buruk sekalipun maka harus jika menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri. Medina adalah sebutan yang memberi makna Kota Madinah (bandar). Maksud Fiska pula memang susah dicari dan kemungkinan tiada maksud khusus dari bahasa Arab. Nama ini adalah pilihan suami Irine yang suka dengan paggilan nama ni. Jika dirujuk dari bahasa lain seperti Spanish, 'Pesca' membawa maksud 'fishing' atau memancing. Kalau nk fikir dari sudut istilah, maksud perkataan ni boleh ditafsir sebagai perlakuan seorang yang mencari rezeki. Dalam bahasa Portuguese pula, perkatan 'Pisca' membawa maksud 'berkelip', dan pastinya yang berkelip adalah cahaya. Kalau combine Fiska Medina boleh jadi maksudnya pun 'kota yang berkelipan' :) Jadi dari asal perkataan 'Pesca' dan Pisca' ini digubah sedikit untuk menjadi lebih feminin dan sesuai dengan sebutan Melayu kita menjadi Fiska :)

Mengikut pendapat ilmuan, nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai. Nabi saw menyatakan sunat untuk meletakkan nama yang membawa maksud baik-baik, tapi tidak menyatakan wajib menggunakan bahasa Arab, namun mmg baik digunakan untuk beroleh keberkatan dari bahasa Al-Quran. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyatakan boleh guna semua bahasa dunia asalkan tidak membawa maksud yang buruk dan syirik. Berhati-hati juga bila mencari nama dalam buku2 himpunan nama yg selalu dijual hari ini kerana Ustaz2 yg fasih berbahasa arab ada menyatakan nama2 dlm buku2 ini kadang2 adalah dari bahasa pasar arab yang boleh lari maknanya. Namun yang paling penting, sebagai ibu bapa kenalah pandai didik anak kita supaya akhlak dan akidahnya terbela, kalau kita terlalu bergantung pada nama untuk menentukan nasib seseorang, tak betul juga kan, takut menyimpang dan syirik pula nanti. 

 Okay selesai bab nama, bila nak flashback balik waktu-waktu nak bersalin, rasanya memang panjang.huhu. Sebelum bersalin pagi tu sempatlah merasa roti canai sekeping hasil tangan mamak.haha. Kalau nak cerita pengalaman bersalin sekarang,  memang tak sempatlah sebab kena amik masa yang betul-betul free. InshaAllah next entry la kot.

Irine selamat melahirkan Fiska Medina masa kandungan genap 38 minggu. Semuanya jadi dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, lengkap 1 pakej anggota badan. Alhamdulillah syukur.


Gambar terawal Fiska Medina dengan maktok selepas keluar dari perut. hehe. Fresh from oven. Medina time ni dibersihkan gitu-gitu je. Gambar ni pun akk ipar Irine yang snapkan, Irine still lagi dekat dalam belum setel lagi. Tq akk ipar, kakcik :P 


Bila Irine dah setel semua, Irine ditolak terus masuk dalam bilik. Tapi time tu, baby Medina dalam nursery lg, tak dapat jumpa lagi dengan dia. So, Irine mintak nak tengok gambar je. Masa mula-mula tengok gambar ni, dalam hati, lebatnye rambut depan dia,berpusing-pusing (irine ingatkan rambut baby kerinting.hihi). Rupa-rupanya baru tau yang time ni, belum bersihkan sepenuhnya lagi. Dekat rambut tu still ada kesan-kesan air ketuban.

Lepas beberapa minit lepas tu, tengok nurse datang tolak baby masuk bilik jumpa ibu dia, Irine :p Dalam hati, Ya Allah, ni anak aku.hihi ! Yelah, mestilah tak percaya. Terus dukung Medina. Irine ni memang gayat sikit kalau nak pegang baby kecik2. Tapi anak sendiri op kosss laa kena belajar dukung. Masa dukung tu rasa ringan sangattt, kalau nak bandingkan berat sekarang lepas 2 minggu, memang terasa beza la. Skang ni memang terasa berat dah Medina, mana taknya hari-hari minum susu :)
 

Anak manja ayah dalam pelukan kasih sayang :)
2 orang harta kesayangan Irine ^__^


Tq jugak dekat suami sebab temankan Irine dalam bilik bersalin. Kalau nak imbas balik, sebelum baby keluar, Irine dah menitik-nitik air mata menangis sebab risau kalau apa-apa jadi. Sempatlah keluar perkataan yang merepek meraban dalam mulut. Bila doctor datang, cepat-cepat kesat air mata. Bila suami datang sebelah dia tanya kenapa, Irine cakaplaa mintak ampun semua kalau ada salah silap and halalkan makan minum sepanjang kitorang kawen. Mintak ampun siap-siap untuk mudahkan lagi proses nak bersalin. 

Lepas dah discharge dr hospital, bermulalah hidup Irine sebagai seorang ibu. Berubah segala-galanya. Takdelah berubah ape pon , cuma rasa tanggungjawab tu dah lebih berat selain daripada pikul tanggungjawab sbagai isteri.


1st day Medina dekat rumah sendiri :) 

Malam pertama dekat rumah, bagi Irine belum mencabar lagi sebab mak Irine dan mak mertua Irine yang banyak tolong kalau Medina terjaga awal pagi. Bila masuk hari ke-5 macam tu la kot, baru start rasa mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab baru nak biasakan diri bangun tiap-tiap pagi bagi susu dekat Medina. Dengan sakitnya lagi belum hilang. Tapi Alhamdulillah, mak mertua dan suami banyak tolong Irine, kadang-kadang Irine tak larat bangun, diorang tolong jaga baby. Waktu Medina confirm akan bangun ialah around pukul 2 pagi-5 pagi.


Macam rupa siapa? Irine ke suami? :P


Sedappp tido. 
Sekarang bila dah nak 2 minggu lebih, dah dapat biasakan diri sikit. Dah boleh hafal dan faham jadual waktu bangun dan tidur Medina. So senang la nak berjaga dan get ready untuk susukan Medina. Tapi kadang-kadang Medina menangis malam pun Irine bukannya sedar sangat.huhu. Memang sejak azali tido mati :'D  Sebab tu dah pesan siap-siap dengan suami, kalau Medina menangis je, terus kejutkan Irine. Dari segi penjagaan dan menguruskan Medina, Irine banyak belajar dari mak mertua Irine. Cara mandikan baby, cara nak tidokan baby, cara nak atasi bila perut baby kembung, and lain-lain. Kalau ceritakan macam ni nampak macam ringkas je, tapi sebenarnya banyak yang kena belajar daripada orang pengalaman lagi2 golongan mak-mak kita.


 Hari ke-7
Lepas beberapa hari terperap duduk dalam rumah, waktu ni kali pertama tengok balik cahaya matahari.haha. Padahal time pantang lagi ni, tapi nak buat macam mana, memang kena keluar jugak sebab nak pergi check up baby :) Bersyukur sangat sebab dapat Medina yang tak banyak kerenah. Medina kalau menangis dan terjaga pun kalau lapar susu je. Kalau dah upah susu, terus tido balik. Masa mandikan Medina pon, senyappp jee dia. Mesti ikut perangai ibu dia ni :P :P


Terngiang-ngiang lagi kata-kata ayah Irine masa dia datang tengok Medina.

Ayah : Ko tengok anak kau, rasa sayang tak?
Irine : Mestilah sayang, sape tak sayang anak sendiri. huhu
Ayah : Haaa, kalau kau nak tau macam mana mak dengan ayah sayangkan kau, cuba kau pandang anak sendiri. 
Irine : Senyum *  :'D


Tu je lah kot untuk entry kali ni. Entry kali ni banyak gambar anak je. huhu. Rasa macam blog ni complete sangat dah cerita Irine daripada zaman sekolah menengah, zaman U, zaman tunang, zaman kawen, zaman mengandung, tup-tup dapat anak daaahh.. huhu. 


Last but not least, terimalah senyuman 
daripada Fiska Medina, junior Irine and Amirul :)



senyummmmmmmmmmmmmm :)







Lahirnya baby "FM" ke dunia...



Assalamualaikum semua.
just nak update entry paling cepat dan seringkas mungkin. Tak boleh amik masa yang lama sebab dah ada orang baru dalam hidup. huhu.

Alhamdulillah, seperti yang Irine update dekat instagram, twitter dan facebook sebelum ni, Irine dah selamat melahirkan baby perempuan pada pukul 2.46pm, bertarikh 6.6.2013/27 Rejab 1434. Tarikh lahir baby jatuh pada hari yang istimewa iaitu hari Isra' Mikraj :')

Berakhir sudah perjalanan mengandung Irine selama 9 bulan dan bermulalah hidup Irine sebagai seorang ibu kepada seorang baby perempuan yang sepet dan berambut lebat ni. hehe. Terima kasih dan syukur ya Allah atas nikmat yang paling besar dalam hidup..

 Baby Irine beberapa jam selepas dilahirkan. tapi time ni Irine masih dalam bilik lagi,tak keluar lagi doctor tengah dok jahit. hihik. Semua yang tengok baby Irine, semua cakap baby lebat. Dalam hati, patutlah time mengandung, perut kemain gatal lagi. Orang cakap kalau perut gatal, tandanya rambut baby...hihi


 Baby tengah pandang Irine time ni. Malam pertama sebelum tido, dapat melihat anak sendiri. Ya Allah, syukur sangat. 


Last but not least, terima kasih kepada semua yang mendoakan Irine daripada awal hingga lepas bersalin :) Terima kasih juga untuk semua yang wish tahniah, Irine tak dapat reply satu-satu, reply secara pukal je terus! :P

Ramai yang dok tanya-tanya, ape nama baby girl Irine ni. InshaAllah, mengikutkan sunnat, masuk je selepas hari ke-7 nanti, Irine akan umumkan nama anak Irine :) Sekarang ni panggil je lah dulu "baby FM". hihi, dah macam stesyen radio la pulokkk.

Assalamualaikum, ada masa lagi nanti Irine buat entry lagi panjanggg..





Jgn lupe "VOTE" Irine dalam Blogger Digi Awards













Masih menunggu dan menunggu...


Assalamualaikum..

Bila dah cuti ni rasa start bosan pulak. Duduk rumah bukannya buat apa sangat, lebih kepada rehat dan goyang kaki je. Melainkan kalau keluar, baru habiskan seharian tu betul-betul untuk berjalan sakan. 

Tapi, apa yang dapat perasan seminggu ni, rajin pulak nak kemas rumah. Konon-konon macam sebelum bersalin, nak make sure rumah tak berada dalam suasana tongkong pecah.haha. Sapu satu rumah, cabut rumput depan rumah (free2 kena marah dengan husband) dan tugas paling best buat daripada dulu ialah basuh bilik air. Tak tau kenapa fevret sangat >_< 

Sementara menunggu hari baby ni keluar, update blog puas-puas dulu. huhu. 

 

Hari-hari menghadap bag baby yang nak bawak pergi hospital nanti. Sebenarnya dah 2-3x dok punggah bawak keluar masuk barang-barang dalam bag ni. Start packing bag ni masa dua minggu lepas, tu pon sebab nak standby takut in case terberanaks masa balik kampung Perlis aritu. Alhamdulillah, tak beranak pon and baby pon tak puas lagi kot nak main-main dlm perut.hihi. 

Sebenarnya tak rasa pon bag ni macam bag baby ataupon orang panggil diaper bag. Survey-survey dekat luar diaper bag semua beratus-ratus. Memang cantik, tapi banyak sangat pakai nk pakai duit untuk anak, beli yg murah2 je la dulu. hihi. Ternampak bag ni dekat Isetan, Klcc. Macam berbaloi and sesuai beli, terus grab dua.



Apa yang Irine sumbat dalam bag ni? Semua refer dalam internet je hospital checklist. hehe. 
Irine bawak ni :-
  • 5 keping pampers newborn
  • 5 pasang baju bayi ( ikut korang laa nak bawak berapa helai)
  • 1 paket baby wipes/wet tissue
  • 1 helai towel mandi
  • Stokin dan sarung tangan baby (irine bawak lebih sebab geram nak main tukar2 nnti.hihi)
  • barut baby
  • bedung baby
  • 1 botol minyak telon
  • Surah Yasin 

Untuk bag ibu dia pulak, baru masukkan sikit-sikit barang.haha.Satu hari masuk satu barang.tah bila nak siap pon tak tau. 







Haaaa cop! cop!
btw, sebelum bersalin ada permintaan utk korang vote Irine dalam Blogger Digi Awards ni.hehehe.
Tapi make sure korang log in dulu tau pakai facebook or twitter. Satu hari boleh satu vote je, tapi esok tu boleh vote lagi! Vote berakhir sampai 23 June tak silap Irine :) Vote blog Irine jom!Just click banner kat bawah ni dan tekan "VOTE NOW"









 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in