Open order Breastpump Medela Freestyle


Assalamualaikum.
Hye semua. 

Ni entry ringkas tau.

Especially for mummy-mummy dekat luar sana, 
Jeng! Jeng! Jeng!

Sebabkan permintaan yang ramai, 
Irine buka semula order untuk Medela Freestyle & Medela Swing. Yayy! hehe

Bagi yang sebelum ni pernah email Irine tentang price Medela Freestyle & Medela Swing tapi Irine tak reply dan tak berjawab, Irine minta maaf sangat-sangat sebab masa tu Irine dah tengah2 sarat mengandung. So, Irine stop kejap ambil order Medela ni. Tapi memandangkan skang dah pon beranaks.hehe, and  lagi satu sebabkan ramai sgt yang hantar email tanya berapa best price yang Irine boleh kasi untuk breastpump ni :)



Medela Freestyle
Irine pun salah sorang pengguna model Medela Fs ni. 
Sepanjang dah nak 2 bulan Irine guna, best sangat2! Tak rugi keluar duit lebih sikit untuk breastpump ni. 


Tote bag for Medela Fs.
Boleh angkut mana-mana.hehe.


Nak tau lebih details tentang Medela Freestyle ni, boleh refer link entry Irine yang lepas,apa kelebihan breastpump ni dan lain-lain.



Dan yang bestnyeeerrrrrr! Sempena nak raya tak lama lagi,Irine buat best promotion!

Untuk 5 orang pembeli yang terawal, akan mendapat diskaun, lebih murah daripada harga sebenar Irine jual. hehe :) Untuk 5 orang je tau! Orang ke-6 harga asal balik! hehe

Dapatkan harga yg lebih murah dengan Irine.(untuk Medela Fs dan Medela Swing sahaja tauuu). 
Just email irine untuk dapatkan harga breastpump ni and Irine akan guide korang :- 
irine_nadia@hotmail.com
(make sure subject email tulis "Medela Fs @ Swing" )





Berpuasa bertiga...


Assalamualaikum.

Sedang type entry ni dalam keadaan tenang sikit sebab anak tengah tido. Line free.haha. 

Hye semua. Amacam puasa ada ok? Irine pun dah start puasa ok.hehe. Hari ni hari ketiga Irine berpuasa. Tepat-tepat pantang 44 hari pon dah habis, and lepas tu diberi peluang untuk berpuasa.  Semangat jugak puasa kali ni sebab tiap kali nak sahur, baby FM mesti dia yang jadi alarm clock kitorang.haha. Macam tau-tau je ayah dengan ibu dia dah nak terlajak tido tak sedar-sedar nk bangun sahur. Agak-agak lagi 5 minit nak pukul 5 pagi, baby FM dah start dah bunyik "ek ek ek" dia tu. Pandai bg signal. 

So, sahur kitorang tahun ni ditemani sekali dengan anak. Kitorang pon berjaga, dia pon berjaga. Kitorang pun bersahur, dia pon nak jugak bersahur (tapi dia punya sahur minum susu je lah). hehe. 

Sekarang ni baby Fm lagi dua hari nak cecah umur 50 hari.haha, ibu dia hari-hari dok mengira umur anak takut nanti lupa. lol :P Kalau belek-belek muka anak sendiri, rasa macam muka sendiri pon ada.hoho! tapi hakikatnya perangai dia ala-ala ayah dia. Dapat rasakan Medina ni nanti bila dah besar mesti jadi anak manja ayah dia. Takpe-takpe, nanti ibu dapat baby boy lepas ni, rapat dengan ibu pulak :'D Entah bila la pulak kan next baby. 

Semalam baby Medina teman ibu dia keluar buat kerja sikit. Kalau keluar waktu-waktu time tidur dia senang sikit nak jaga. hehe. Masa semalam nak stop untuk singgah solat dekat KLCC, kebetulan Medina pulak baru lepas yakyak. Terus carik bilin untuk salinkan baby. Sebenarnya semalam kira 1st time lah jugak masuk bilik salinkan baby.haha. Selama ni mana penah masuk, pandang dari luar je sebab takde anak lagi.hehe. Best and selesa kalau dekat KLCC. Ibu dia jakun kejap..kesian.wuuu. 

Owh ye, btw, Irine nak recommendkan satu blog ni, sesuai untuk mummy-mummy semua nak buat refer kalau ada yang berkenaan dengan baby masing-masing. Banyak sgt info dalam blog ni. Irine pon tau drpd blog Dr.Halina. Dia yg recommended kan..





Dalam blog ni banyak perkara korang boleh baca-baca untuk tambahkan lagi pengetahuan tentang anak kita.  Rajin-rajin laa membaca, especially mummy-mummy yang 1st experience macam Irine. Irine pun banyak refer and buat research tentang baby. Walaupun pada hakikatnya Irine takdelah suka sangat membaca. huhu. Tapi since dah ada baby, banyak benda kena tau and belajar.Yelah, takde pengalaman kan, zero knowledge. Daripada pembacaan macam ni kita boleh tau serba sedikit info.

Ada sesiapa tau lagi tak blog yang banyak bercerita tentang baby? Boleh suggestkan pada Irine tak? Boleh drop link kat comment entry ni okeh.

Last but not least,

Fiska Medina sekarang. hehe
Waktu-waktu sekarang ni badan Medina tengah sedap kena pegang. Dah terasa sikit berisi, sedap peluk. Nak bawak berborak je tak boleh lagi. hehe! 


K lah, bye2. nampak macam Medina dah bangun, dia duk jeling-jeling  dalam kelambu ibu dia tengah online huhu..~




p/s : Rasa macam kering pulak idea nak update tentang apa lepas ni. Korang rasa-rasa lepas ni nak update topic pasal ape pulak eh? 






44 hari



Assalamualaikum..

Esok dah tepat baby Fiska Medina genap 40 hari. Maksudnya, ibu dia ada 4 hari lagi untuk dihabiskan tempoh berpantang 44 hari tu ! hoho! sukanya :P Tapi tahun ni tak dapat nak merasa nikmat puasa. Memang sah-sah kena ganti banyakk nanti. huhu. Takpelah, ada hikmah tak dapat puasa tahun ni sebab baby Medina pon still menyusu badan sampai sekarang. Kejap-kejap susu, kejap-susu :) Macam-macam makanan/minuman  makan untuk tambah and banyakkan susu demi anak yg sorang ni. Set Shaklee lah, rebus buah longan kering lah, minum horlick lah (minum horlick paling meriahh) makan Habbatussauda lah, makan kurma lah, and minum air suam sebanyak yang mungkin dalam waktu sehari. Walaupun pada hakikatnya jarang nk minum air suam dlm hari-hari biasa. huhu..

Kalau nak cerita dari segi penjagaan baby Medina, Alhamdulillah senang nak jaga. Cuma kalau nangis-nangis pon sebab terjaga dari tidur nak susu. Waktu berjaga pon still sama, 2-3x kena bangun dan berjaga susukan Medina. Yang tu cabaran sikit lahhh :P Kalau tengah-tengah pagi, walaupun bangun banyak kali takpe, sebab baby Medina lepas kenyang je dapat susu terus sambung tido balik. Kepala terhangguk-hangguk time menyusukan dia waktu pagi jangan cite laa..hihi.  Lagi satu, dia menangis sebab nak orang dukung or riba dia. huhu. Orang tua2 kata, jgn selalu sangat dukung and riba baby, nanti sampai ke besar nak macam tu je. Tapi nak buat macam mana kan, anak sendiri tak sanggup tengok kalau dia nak ibu ayah dia dok peluk dan belai dia je setiap masa. Yelah, 9 bulan dok dalam perut, tak ke bosan? hihi. dah keluar2 mesti nak kena belai pulak :'D Semoga anak ibu menjadi anak yang baik untuk selamanya.

Sebelum baby Medina lahir lagi, suami dah pesan awal-awal, dia taknak biasakan anak dia dengan dua benda. Satu, ajar anak tido dengan pakai buai. Dua, ajar anak dengan sumbat puting. Walaupun sebenarnya si isteri dah fikir siap-siap dua benda tu perlu! haha. Takpelah, masing-masing ada sebab untuk kebaikan anak. So, sekarang ni kalau papehal baby Medina kitorang ajar dia tido dengan dodoi-dodoi and  tepuk-tepuk montot dengan nyanyian zikir and tak ajar puting. Walaupun ambil masa sikit nak tepuk-tepuk dan dodoi-dodoi dia, tapi lepas tu terus letak dia tido atas tilam. Kalau datang time mengantok dia lagi senang sebab lepas menyusu dia akan tido dalam pangkuan. Terus alih dekat tilam. Menangis macam mana skalipun, pujuk secara natural.Cewahhh. (kadang2 susah gak, huhu, tapi lama-lama dah terbiasa). 

Lupa pulak nak selitkan cerita tentang sepanjang tempoh berpantang. 
Daripada segi makan time pantang, semuanya ok. Takdelah teruk macam mana mcm digembar-gemburkan. Rasanya macam sama je cuma rasa sakit hati je bila tgk orang lain makan sedap2 dok upload dalam instagram! haha.  Sepanjang pantang, Irine banyak makan ikan tenggiri, kembung, siakap and salmon. Ayam, sotong, udang semua tak boleh. Takut gatal katanya kalau makan effect dekat tempat jahitan. Kalau sayur pulak, antara  sayur sawi dan dan brokoli. Selalu makan dua menu je, ikan dengan sayur.  Burpp..kenyang!


 

Nasib baik publish blog time dah berbuka puasa :P

Makanan dalam gambar ni antara menu time berpantang la. Bukan Irine masak, bukan mak Irine yang masak, tp suami yang masakkan. huhu ! Haihh tererrlaa pulak dia. Berkat tengok rancangan masak2 dekat Astro. Hari2 mesti bukak channel orang oversea masak. Dari situla kot dia pandai bertukang kat dapur.Tak boleh tipu , sedap jgk. Rasa macam tercabar pulak. haha. Ikan siakap kukus steam limau,  ikan salmon grill, ikan salmon kukus. Menu macam tak serupa pantang je. hihi. Hari-hari pulak tu dia masakkan :'D

Dalam kepala banyak dah senaraikan apa nak makan lepas habis pantang ni nanti. hehe

Banyak pulak bebel entry ni.


Finally,


Kiri : Ibu (masa 3 bulan kot)
Kanan : Medina (tak sampai sebulan)

Agak-agak sama tak muka kitorang? huhu :'D

Bahagia menjadi seorang ibu....... :')



Ok bye2~




Rezeki anak, DIGI WWWOW AWARDS 2013


Assalamualaikum.

Pernah dengar kan DIGI WWWOW AWARDS? sebelum ni dan tahun yang lepas-lepas pon memang dah ada award ni cuma Irine je yang tak berapa nak amik tau. Tahun ni je, entah angin apa sangat tah yang nak amik tau. hihi !

Nak dijadikan ceritanya, Irine tau tentang award ni bila terrrrrrtengok iklan Digi WWWOW Awards dekat dalam tv. Terrrtengok ok. hihi. Dalam hati macam berminat nak join sebab ada kategori yang melibatkan blogger. Terus bukak website Digi WOWWOW Award ni and tengok syarat2 nak join. Masa nak register untuk join tu, Irine tengah pregnant lagi dan tengah nak tunggu masa je. Dah alang-alang tengah takde keje tu, saje2 laa nak try masuk, mana tau ada tuah kan? 

Untuk award ni ada banyak kategori, bukan satu je. Ada 15 kategori semuanya, ada kategori Blogger of The Year, Shorty Blogger of The Year, Fave Entertainment Blog, Fave Tech Head, Online Shop of The Year, Fave Video of The Year, Most Inspiring Internet for Good Award, Top Online Over-Achiever Under 16, Apps of The Year, Photostory of The Year, Breakthrough Youtube Star, Social Media Gathering of The Year, Fave Makan-Makan Expert, People's Choice Award and last skali pemenang keseluruhan Best of The Best. Kategori yang Irine masuk ialah Blogger of The Year by Nuffnang  :)


Lama jugaklah nak tunggu result award ni, daripada pertengahan Mei sampai 6 July semalam . huhu. Lama sebab untuk award ni ada banyak proses, daripada submitkan penyertaan, proses nak undi dan proses untuk pengadil nak judge pemenang. 
Minggu lepas baru dapat email from Digi WWWOW yang cakap Irine shortlisted dalam kategori blogger of the year dan diinvite pergi finale dekat Starbucks,Tropicana City Mall.  Dalam banyak-banyak penyertaan, diorang pilih 50 blogger yang terbaik dan antara tu dishortlistedkan lagi 3 orang blogger untuk menang award ni. Kiranya, Irine tersenarai dalam top 3 lah. Sebenarnya tak tau pon ada 3 orang yang dah shortlistedkan sebab dalam email memang diorang tak cakap. Nak buat surpiselah kot katanyeeerr. hewhew!. So, tak letak apa-apa harapan pon.



Jadi, Irine pon pergilaaaa Tropicana City Mall semalam. Sebenarnya semalam pon pergi dalam keadaan masih berpantang lagi. haha. Ada orang tanya, "Irine dah habis pantang ke?". Jawapannya mestilah tak! haha, ada balance lagi 14 hari untuk diharungi! Kiranya semalam Irine lari kejap dari pantang :P 
Walaupun tak tau menang ke tak lagi, tapi, rasa nak pergi jugak finale ni.

Irine and akk ipar, Kak Lynda :)


Semalam pegi dengan husband, bawak skali Medina and Irine ajak skali abang dan akak ipar temankan sebab husband memang dah cakap awal-awal dia taknak masuk, biar dia jaga Medina dekat luar sebab takut dalam tu bising nanti. Abang dengan akk ipar la temankan kat dalam tu. Kesian Medina jauh dengan ibu. huhu

Sebenarnya jadi top 3 pon dah syukur sangat-sangat dah. Bukan senang kan. Antara salah satu dalam top 3 ialah blog Denaihati dan sorang lagi Irine tak berapa sure.


Dan semalam Alhamdulillah rezeki berpihak pada Irine untuk menang  Blogger of The Year by Nuffnang :') Tq NUFFNANG, tq juri-juri yang pilih blog sederhana Irine ni dan tak lupa jugak dekat pembaca yang voted blog ni. :)

Terketar-ketar jugak semalam bila nama diumumkan sbg pemenang. Tak sangka pulak rasa. huhu. Rasa macam nak nangis je sampai nak julang-julang baby! haha. 

Sepanjang award ni semalam, korang pon boleh tengok secara "LIVE" dekat website DIGI WWWOW. Sape yang tau tu, nampaklah kot Irine semalam. hehe. Sorry gambar tak berapa clear, ni pon amik daripada kawan yang tag. 

Hari dalam sejarah :') *nangis sikit*. tsskk..tssskk.. hihi



Anggap hadiah ni untuk rezeki anak. 
Betollah orang cakap, rezeki Allah tu diturunkan dengan bermacam-macam cara. Rezeki Allah tu sentiasa ada dan Irine percaya dengan anggapan tersebut sebab setiap kelahiran anak ada rezeki yang dah ditentukan oleh Allah sendiri.

Hadiah percutian tu Irine bg hadiah dkt husband sempena 1st anniversary minggu lepas. hoho! Yelaaa, minggu lepas Irine takde bagi apa-apa cuma wish dgnku hadiahkan senyuman yang manis sajoo! haha.. Nak keluar celebrate anniversary pon tak boleh sebab keadaan Irine yg tengah berpantang lagi. hehe.

Antara hadiah-hadiah lain yang menang semalam :-
  • A fully sponsored 3D2N Tour to Manila, Philippines with Chuckei (Top Local Blogger & Microblogger) and BroDon'tLikeThatBro (DiGi WWWOW 2012 Blogger of the Year) to meet up with Yugatech (Top Philippine Tech blog) and DivinemLee (Top Philippine Blogger, Microblogger, Model & Actress).
  • 1 x HTC One X
  • RM 1,000 cash prize
  • 1 x 3D2N accomodation at The Gurney Resort Hotel & Residences sponsored by Asia Web Direct
  • RM1,000 Cash Prize courtesy of AIG Insurance



Last but not least, trofi ni :)

Dalam banyak2 hadiah, Irine lagi suka trofi ni, lg bmakna buat Irine.
Hadiah ni semua bukan untuk Irine sorang je, tapi Irine sharekan sekali dengan readers blog Irine yang always support blog ni. Tak kisahlah kalau korang silent reader skalipon. hehe :P  Tahniah jugak untuk pemenang2 yang lain. Tahniah untuk Mat Luthfi skali sebab dah gondol 2 award  and dipilih Best of The Best!


 Tq NUFFNANG!!

 Tq semuaaaaa!
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan moga Allah merahmati kalian :')





p/s :  Balik rumah semalam, terus flat satu badan --' 
sambung semula kehidupan sebagai wanita berpantang...huhu~~~~~







I am officially 1 month old


Hari ni genap anak ibu umur sebulan.
6/6/2013-6/7/2013

Yeayyyy! hehe

Next week kita pegi timbang berat badan ok. Rasanya macam dah makin berat sebab hari-hari ibu dukung Medina rasa la jugak berat badan tu sampai lenguh2 tangan.hehe.. Mana taknya, anak ibu ni kuat minum susu. sejam-sejam bangun mintak susu :) 



Ibu love u so so so much Medina!
Cepat membesar yer syg, ibu tak sabar nak tengok Medina start gelak-gelak bila kena acah. Sekarang ni pandai senyum je, tu pon time lepas meneran berak.haha.



Love, 
Ibu








 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in