Cukur rambut Fiska Medina


Assalamualaikum

Ingat lagi kan Irine ada janji nak up entry tentang Medina cukur rambut hari tu? :) So, entry ni khas buat anak ibu bila dah besar nanti, sila baca! haha. 

Kita imbas balik cerita awal bulan aritu.
Masa awal-awal lahir, rambut Medina memang agak lebat jugak la. Patotlaaa bila dalam perut dulu perut ibu ni kejap-kejap rasa gatal. Nak garu memang takklaaa kan, gosok-gosok je pakai kain selowww-selowww. Takut berbekas. Masa tu terdetik laa jugak dalam hati, "anak aku dalam perut ni rambut lebat sangat ke sampai gatal sangat bawah pusat ni". Yelah, dah orang-orang tua dulu cakap macam tu, so Irine pon guna la jugak teori diorang.haha. 

Plan nak cukurkan Medina bila balik beraya hari tu. Hari raya ketiga plannya. Sebab Irine saje nak bagi Medina beraya dengan rambut dia. hehe. Nak cukur dekat kampung suami sebab dia dah bagitau nanti dekat kampung dia ada sorang ni pangkat nenek jugak laa yang akan cukurkan Medina. Lagipun, nenek ni pon memang dah banyak kali cukurkan anak-anak akak ipar and nenek ni pon terkenal dengan cara cukur dia yang kemas dan cantik :) 

Mengikut sunnah, Medina pon dicukurkan sampai botak. Irine tak buat cukur jambul sebab yang Irine baca dan tau tu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 

(Artikel lengkap tentang amalan cukur jambul ni korang boleh baca dekat sini :-)




Tepat raya ketiga hari tu, tak silap masa tu 10/8/13 (haaa tgk  ni ibu siap-siap catit dalam notes tau bila awak cukur..dah besar nanti please terharu..huhu). Malam sebelum Medina nak cukur tu, Irine kejap-kejap cium rambut dia, takut nanti rindu bau rambut lebat dia tu. wuuuuu..Sape tak sayangg oiii  rambut anak lebat dalam perut dah nak kene cukur.hehe! Tapi memang betol pon, sampai saat sekarang ni pun, hidung Irine still ingat lagi bau-bau rambut Medina masa panjang aritu. Tapi takpe, cukur kan amalan sunat, and rambut Medina pon jenis yang cepat tumbuh. 


Yang Irine ingat, awal-awal pagi nak cukur aritu, Irine dengan Medina dua-dua bangun lambat. Tak teringat langsung nenek yang nak cukur tu nak datang.haha! eh kejap, nenek tu nama dia senang nak panggil dalam entry ni "Nek Timah". hehe. Nek timah datang nak cukurkan Medina dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Medina still tido time tu, tido punya baik nyenyak. Nek Timah cakap takpee, bagi dia cukur time dia tido tak sedar ape.


hehehe. Medina tengah tido time ni. Memang nyenyak. Konon-konon orang nak kesian dekat dia laaa teww buat-buat tido comel tak nak kena cukur. haha!

1st time nampak Nek Timah tu datang , Irine balik-balik rasa nervous macam rambut sendiri plakkk nak kena cukur. Yelahhh, nervous sampai 1st impression tu Irine dah siap-siap terbayangkan macam Tok Mudim yang datang rumah nak sunatkan orang! haha. Ala-ala seram gituuu kan.

Bila tengok Medina tidur masa tu, rasa lega sangat at least dia tak sedar la kan kepala dia nak kena botak. huhu. Sekaliii dia terjaga jugakkk...


haha. muka cool jeee kan siap buat muka manis nak senyum. dia tak tau Nek Timah nak gondolkan kepala dia. haha. Owh ye, Nek Timah ni service dia tiptop tau. Dia akan datang rumah orang  siap bawak kain batik khas untuk bedung kuat-kuat baby supaya tak gerak-gerak time cukur. Husband cakap, macam cukur rambut anak buah dia yang lepas-lepas, kain batik Nek Timah semua lawa-lawa.haha. Tapi, time Medina tak berapa lawa, Nek Timah cakap semua customers dia semua berebut nak kain batik lawa2 dia tu.hahaha! *sempat lagi cerita pasal kain batik* haha!


Buat muka kesian dekat depan Nek Timah. ihihihihih. Sorry sayanggg, ibu tak boleh tolong time ni :'p


See? Cool gila muka Medina nak kena cukur kan. Siap buat muncungg kauuu, duck face bagai.hehe.

Sebelum nak cukur, Irine kena tanggalkan semua baju Medina, pampers je tak payah. Lepas tu Medina kena bedung. Nampak macam ulat bulu yg tengah duduk dalam kepompong pon ada.huhu. Pampers je tak bukak sebab Irine tau Medina tengah berak time tu.haha. Disebabkan rambut dia dah lebat sangat, Nek Timah kena gunting dulu sikit rambut dia. Lepas tu baru start cukur.

Irine ni punyalah cuakkk + sedih bila sehelai-sehelai rambut Medina gugur jatuh kat surat khabar bawah tu.Tapi tak tunjuklah time tu.. redhaaaaa.hehe. Lepas separuh rambut Medina kena cukur, dia dah start merengek-rengek. Maybe dia tau and perasan kot, separuh rambut dia dah hilang and buat kepala dia sejuk..



Then, Irine pon amik Medina dakap dia kuat-kuat erat-erat. Phewww, nampak muka ibu mithali betol gambar ni. haha :P

I love this pic so much!! Mungkin sebab nampak macam ikatan ibu dengan anak tu kuat sangat dalam gambar ni. Muka Medina pulak macam muka mintak tolong dekat ibu dia. huhu. Takpe nakkk, ni semua demi kebaikanmu..........gitu.  Lagipun dalam Islam memang menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat :) Moga-moga anak ibu ni sihatttt ok :) 




Lepas dah dakap Medina tu, Nek Timah suruh Irine susukan dia bagi dia senyap sikit. So, sambil Irine dukung menyusu dia, Nek Timah cukur. Power kan orang berpengalaman cukur macam ni. hehe. Agak-agak Medina dah kenyang tu, Irine bagi dekat Nek Timah selesaikan cukur. Nampak tak hampir keseluruhan dah botak tu? huhu. Tapi botak habis macam mana pun , kepala dia still nampak kesan biru-biru lagi. Nek Timah cakap baby kalau cukur rambut dia, kepala nampak kesan biru-biru tu maknanya cepat tumbuh. Kalau kepala nampak putih tu lambat sikit nak tumbuh. Nasib baik Nek Timah pandai sedapkan hati Irine time tu.haha.


hehee.tomellll anak ibuuuuu ni tauuuu! geramm ibu tengok. 
kena cukur pon pandai nak pandang camera. huhu.



Finally, habissss dan selamat semua rambut dia dah cukurkan :) 
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa! 


Fiska Medina in version botak  hehehehehe. 
Tapi ni gambar masa awal bulan aritu, sekarang Irine tengok banyak jugaklah rambut Medina dah cepat naik. Lepas dah cukur-cukur semua, Nek Timah pegi mandikan Medina. Muka dia happy semacam bila dah habis cukur, mungkin dia rasa kepala dia dah lain jadi ringan kottt..hihi. 


Jadi setelah rambut-rambut Medina dah setel dicukur, aritu dah bawak pegi timbang semua rambut Medina dekat kedai Mas Cina. Berat rambut dia 5.08 gm. Cina tu kira 1gm untuk harga mas arini RM 170. Makanya, 5.08gm X Rm170 = Total semua RM 863.60 duitnya :) 

Lepas tu duit tu nanti kitorang kena bayar and akan diserahkan kepada golongan fakir miskin. Yang ni amalan sunat :) 

"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "

Let say kalau korang tak berkemampuan nak bayar ikut harga emas, boleh jugak dinilaikan dengan harga perak. Depends pada kemampuan masing-masing. InshaAllah lepas ni pulak nak buat majlis Aqiqah untuk Medina. 



Ni hasil rambut tumbuh lepas seminggu. hehehe *siap nak upload.haha.ehhh perkembangannnn ni tauuuu.. :P 


Rambut terbaru . 25 hari punya rambut. hehe panjang sikit dah.



Oklah, tu je lah untuk entry kali ni. next time Irine update entry medina dah boleh ikat rambut tocang.haha.

Bye! Assalamualaikum :) 




p/s : Photoshoot and editing by VEL OLIVER PHOTOGRAPHY ART




Breastfeeding mom


Assalamualaikum.

Hi ! Tah hape mimpi publish entry tengah malam. 
Cerita kali ni lebih kepada versi mak-mak! haha. versi adik2 dah berlalu pegi. hihi! Sape rasa dia adik-adik, tak yah baca, korang takkan faham punya.hehe

Lagi beberapa hari baby Medina dah nak 3 bulan. Rasa kejap la pulak. Teringat lagi masa baru 2 minggu pantang, cakap sorang-sorang bila laa anak nak sebulan, 2 bulan, 3 bulan dan berbulan-bulan. huhu. 

Sepanjang dah nak 3 bulan ni jugak, Alhamdulillah dapat susukan Medina dengan susu badan tanpa campur susu lain. Lagi 3 bulan untuk genapkan umur Medina 6 bulan untuk dapat susu badan secara ekslusif :-) Panjang lagi perjalanan. Bila cerita tentang breastfeedkan baby, teringat satu kisah ni sampai sekarang. Teringat masa pergi seminar penyusuan susu ibu dulu, nurse yang conduct tu tanya kat semua mak-mak yang dah berjaya susukan anak selama 2 tahun @ 6 bulan susu ekslusif dengan soalan ni " apa perasaan anda bila dapat susukan anak selama 2 tahun @ 6 bulan"?  And ada sorang mak tu jawab macam ni " Saya rasa best sangat, rasa macam rapatt sangat dengan anak bila dapat susukan dia, rasa bangga sangat". Time tu rasa pelik sangat apa la yg menarik dan best sangat. huhu. Yelah, al-maklumlah takde pengalaman ada anak lagi, susu pon takde lagi and belum pernah rasa hisapan baby dekat breast sendiri.

Dan sekarang, persoalan tu semua terjawab dengan sendirinya.
Yup, memang best sangat dapatkan breastfeedkan anak kita. Memang rasa rapat sangat, lagi-lagi bila dia nangis, kita tau, susu je lah penyelamat untuk dia diam. Perghhhhh, rasa diri ni penting betol! haha.. Baru Irine tau kenapa ramai yg suka bf kan anak. Baru Irine tau jugak betapa cabaran dan dugaan nak susukan Medina :) Yang penting 2 keypoint yang Irine pegang sampai sekarang, mindset tu penting dan jgn pernah rasa stress! Kalau nak rasa stress tu, Irine cepat2 imagine mcm ni "kalau aku stress, mesti susu takde, merundum.Kesian Medina nangis-nangis tengok ibu dia xde susu".. huhu.tulaa yg Irine selalu imaginekan.



Sementara cuti lama ni, Irine lebih kerap direct feed kat Medina. Kalau nak pump susu, Irine try ikut macam kawan-kawan Irine yg lain,  direct feed belah kanan, sebelah kiri lagi pump. Takpon, ada beberapa kali jugak la buat tandem style. Ni paling suka sebab sebelah pump dan dalam masa yang sama sebelah lagi baby tengah menyusu. Rasa ransangan tu kuat sangat masa pump. Tp leceh sikit la sbb position kene betol. Practice make perfect!  Dari segi waktu pump pulak, Irine suka pump waktu pagi sebelum or selepas Subuh. Time tu susu tengah penuh. Macam gambar atas ni, time ni Irine pump sebelum Subuh. Mcm Irine ckp td,DF belah kanan, kiri tu Irine pump. So ni hasil pump 2 botol 10 oz dpt untuk sebelah kiri. Alhamdulillah, bila Irine tengok gambar ni byk kali secara x langsung bg semangat lagi untuk Irine sendiri terus susukan Medina selama mungkin.Moga Allah permudahkan niat baik ni.Amin! Skang dah boleh start kumpul stok EBM untuk Medina sebelum naik kelas nanti. 
*Tiba2 terfikir agak-agak nanti masa dlm kelas lecturer dekat depan, boleh tak curi-curi pump dekat belakang.haha.terus imagine situation tu sekarang* haha.

*owh, nak iklan kejap.haha. Irine pump susu dengan Medela FS yang Irine jual, berminat?
 Boleh tengok entry ni :-
Boleh order pada Irine k :)


Baby Medina tersangatlah kuat menyusu.


Ni adalah Fiska Medina sekarang*masa ni 2 bulan 17 hari kot, gambar minggu lepas*
Makin tembam, berisi, berketak-ketak, berketul-ketul, berlapis-lapis sekarang! hoho!

hahaha. bila tengok balik gambar ni nak tersenyum ada, nak tergelak pon ada, dalam masa yang sama rasa syukur sangat Medina sekarang makin sihat! Bukti dia, tuh haaa gambar atas ni. Berketak-ketak lengan,dah macam pakai gelang.haha. Peha pon dah macam peha Kfc dinner plate. hhahaehe! Pipi berisi jugak.  Time ni 2 bulan 17 hari jugak, minggu lepas punya gambar.


 I love breastfeeding so much! BF is sunnah, moga kita semua diberi kesempatan utk susukan anak kita.
Dari segi berat badan pulak, 10 kilo yang naik sepanjang 36 minggu mengandung dulu, sekarang dah turun abis 10 kilo tu semula. Maknanya berat sekarang sama dengan berat badan sebelum mengandung. Thanks Medina sebab seduttt lemak dan bakar kalori ibu awak ni! berjasa betul! hehe. Eh lupa nak cakap, stroller SCR yg irine pernah review dulu, so far irine guna sangat best! silalah beli! Pasti tak menyesal.


Amboiiiihhh. dah pandai pose dah skang.  :-) Husband ckp Medina tersangatlah ikut muka Irine lagi2 tang mata dengan hidung. haha. kembang montot kiteee dengo tau! 



Aritu masa round-round shopping mall, terfikir nak beli ring sling untuk baby Medina. Apa tu Ring Sling? Alahhhh..senang cite macam korang penah tengok minah Indon dekat sana kendong anak diorang pakai kain tu.huhu


Sebabkan Medina dah berat sekarang, so Irine try cari dan test untuk demo dekat kedai pakai ring sling. Hasilnya? Arghh, failed gile! haha. tengok orang pakai balut cantik je. Irine pakai terkial-kial. Rupa pon tak senonoh bila pakai. Sudahnya, lipat pastu bungkus balik dalam plastik, ok x jadi. haha. Tapi nak jugakkkk beli..huuuu..lenguh dah sekarang dukung. Takpun, maybe nak carik baby carrier lepas ni?


K..lah. Nnti sambung lagi! tata!
*aku hutang entry cukur Medina. huhu.










Kisah raya bertiga


Assalamualaikum.
Dah nak 2 minggu lebih raya, baru nak update kisah raya. haha. Basi sungguh.huhu
Takpelah, basi pon basilah, janji nak share jugak! hehe.

19 tahun raya dengan keluarga sendiri. Start tahun lepas beraya berdua, dan tahun ni raya jadi lagi syiok sebab raya bertiga. Dan tahun ni jugakkkk, 1st time Irine beraya sebagai anak perantau. haha. Perantau la sangat. Yup, setelah dibaling duit syiling, akhirnya tahun ni giliran beraya di rumah mertua pulak. Dekat Perlis. Tahun lepas raya belah Irine, tahun ni giliran suami.

Rasanya tahun ni kot rasa macam raya tu lamaa sangat. Kalau tak, 3-4 hari raya dah rasa macam suasana biasa. Mungkin sebab raya dalam suasana lain. Seminggu sebelum raya kitorang plan balik raya dekat Perlis. Settle je kerja semua, dah kemas rumah, dah kemas dapur, dah buang sampah pampers2 dalam bakul, dah kemas2 baju Irine, Medina dengan suami, dah basuh baju/sidai/lipat, barulah boleh balik kampung dengan hati yang lega. Drpd Shah Alam nak balik ke Perlis ambil masa 6 jam macam tu. So, kitorang plan gerak malam. Plannya nak gerak lepas Isya', tapi tau-tau je lah, janji memang dicapati! haha. Pukul 11 lebih malam macam tu baru gerak. Kali ni kitorang balik bertiga dengan adanya Medina! hehe.

Pengalaman bawak Medina balik kampung, nasib baik ok, sebab Medina tak meragam jalan jauh. Mungkin sebab jalan malam. Masa nak gerak tu dia tido, 3 jam perjalanan tido,lepastu terjaga, bagi susu terus senyap, dan selebihnya dia tidur sampailaaaa Perlis.Termasuk dengan ibu dia skali bantai tido dalam kete. huhu. Medina Irine tak letak dalam car seat, Irine lagi selesa riba dia dekat tangan dan pangku Irine selama 6 jam tu. Agak lenguh jugak, tapi takpelah dah biasa, lagipun kalau Medina nangis nak susu senang terus bagi je.

Sampai-sampai je kampung suami, masa tu tepat-tepat pukul 5 pagi waktu nak bersahur :)
Sempat merasa seminggu berpuasa dekat sana.

Ok next!
Pagi-pagi raya, tahun ni rasa macam tanggungjawab tu lebih sikit. Kalau tak dulu siapkan diri dengan suami je. Sekarang dah lain. Pagi-pagi kejut Medina, mandikan dia, siapkan dia pakai baju. Perasaan raya dekat kampung suami? Haaa, rasanya macam takdelah sedih sangat.haha. Mungkin sebab tahun ni ada Medina, so takdelah rasa sedih sorang-sorang teringat dekat kampung sendiri. Sebab busy kot, tu yg sampai perasaan sedih pon xde..huhu

 

So, this is our 1st family portrait! :D
Gituuuu caption gambar kannnn.tp Medina tido pamdang sana.
Medina time ni macam biasalaa pagi lepas mandi,dah menyusu, terus tido. So kalau gegar gempa bumi macam mana pon konpem dia tak bangun.



Ayah + Ibu + Medina = Complete! 

Dari segi nak beraya rumah orang dengan adanya Medina, mula-mula tu rasa macam "eh camna ni, eh susahlaa, eh ada baby nii". Tapi lama-lama macam dah biasa. Apa-apa pon nak tak nak, mesti kena ada pertolongan suami utk memudahkan lagi kerja. Macam aritu, kalau Irine beraya rumah orang, kalau Medina nak susu, sama ada Irine akan tumpang bilik tuan rumah untuk menyusu ataupon Irine akan gunakan nursing cover. Nursing cover tu tersangatlah penting, benda alah yang paling penting kena ada dalam bag sekarang. Owh lupa nak cakap, sekarang kalau pegi mana-mana, Irine dah x pakai handbag dah.haha. Handbag Irine ialah bag baju dan pampers Medina. hoho. Tak kuasa nak bawak bag banyak-banyak. Tumpang purse and nset dalam bag Medina je :'D 


Family belah suami :) 
Cuma tak lengkap adik ipar je sebab tahun ni raya belah suami sana. Yang lain-lain complete semuanya dengan anak-anak buah yang comel.  Dan macam biasalah, dua orang yang duduk depan tu color special sikit.hihi.


Fiska Medina tengah layan tido dalam dunia dia sendiri :-) 
Masa raya pertama ni rambut Medina tak cukur lagi, sebab Irine saja je nak bagi Medina raya dengan rambut...hehe. 


Ayah dan ibu mertuaku..hihi. 

Dekat belah suami, Medina panggil Maktok dengan Chaq. Chaq tu gelaran untuk Atok la :) Mula-mula masa Irine kawen pelik jugak Chaq tu ape. Rupa-rupanya atok.hehe.So, xde lah konfius dengan belah Melaka. 

Lepas dah sesi-sesi salam semua, kitorang pegilaa beraya. Medina pulak ape cite?


Huh! ni cite dia! 


Sampai-sampai rumah sedara, belum sempat jamu kuih lagi, Medina dah mengantok. Belum apa-apa lagi, dah terkulai tido.huhuhu. Kaki tido anakku rupenye...hehe. Takpe, budak-budak membesar dalam tido. Dia tido sampai la balik rumah.. Good girl betol kasi chance kat ibu nak makan lauk raya :P 


Untuk raya yang seterusnya pulak, macam biasalah aktiviti Medina, tido lagi.hehe. 

Irine suka sangat tengok gambar ni.hehehe. Medina macam nak terbang pon ada.haha. Sebelah tu sepupu Medina, anak akak ipar. Medina dengan dia beza 20 hari jeee ^_^ Baby Ali keluar lambat beza 20 hari dengan Medina. nanti dah besar, nak tunjuk gambar ni dekat diorang. Mesti comel gile.



Ibu & Medina :)

Masa raya aritu Medina baru 2 bulan 3 hari. Sekarang dah 2 bulan 17 hari. 
Masa nak raya tu yang Irine perasan badan Medina makin hari makin dipam-pam. huhu. dekat tangan dia seketul-seketul naik ketak-ketak. huhu. Dalam gambar ni pon nampak macam badan dia dah berisi, sedap dukung dah :) 



Last but not least, of course gambar ibu, ayah dengan Medina. hehe :)
Happy family!




Haaaa. dah alang-alang bercerita pasal raya, Irine nak selit dan sharekan jugak salah satu produk mask untuk kulit muka. Selalu kita tengok dekat kedai-kedai banyak jual mask yang color hitam dengan putih kan. Kali ni, mask yang Irine nak share ni special sikit sebab ianya color PURPLE! Sape yang nak merasa kulit dia pakai mask color cun-cun, tolonggggggglahhhh beli FLORAL MASK ni! :-)

Lagi satu, yang Irine suka Floral Mask ni sebab mask ni bila pakai ada haruman lavender. Wangian fevret Irine kot. Wangi sangat, so bila korang pakai mask dekat muka tu, takdelah bau kosong je ataupon bau mask semata-mata. Sambil korang pakai, sambil bau-bau lavender gituu.



Floral Mask by Dian Pixy yang Irine tengah sebok dok cerita ni. ehehe

Sesapa yang rasa kulit muka dia jenis yang degil tu, sesuai sangatlahhh pakai. Dan lagi satu, Irine bet ramai yang jenis kulit licin tapi dekat celah-celah hidung atau dekat satu hidung tu penuh gilerrr dengan blackhead/whitehead. haha.Kannn? Baik korang mengaku cepat!! huhu. Irine pakai mask ni sebab nak buang blackhead tu lah, takut nak picit sebab nanti tinggal kesan, so sapukan mask dekat bahagian hidung saje pon boleh. Tunggu dalam 20-25 minit, then tanggalkan mask tu bila dah kering dah boleh nampak hasil blackhead tu melekat sendiri dah keluar. 



Nampak tak tu dekat jari Irine? Comel pulak tengok mask color purple. Rasa anggun and berkeyakinan bila pakai. hehe! At least kalau pakai mask color purple, takdelah nampak menakutkan macam mask color hitam atau putih tu kan. Suami pon tak terperanjat malam-malam bila tengok :P hihihi~~~

Sapa yang ada kulit jenis berminyak tahap tak terkawal pon boleh guna mask ni, mask ni boleh mengawal kulit berminyak. Dalam seminggu pakai 2x pon dah cukup, x yah pakai hari-hari tau! Ada yang tanya, kulit sensitif boleh pakai mask purple ni tak? Haaa mestilah boleh! Kan dah cakap mask ni special tadi. Floral mask ni pon sesuai dan sangat digalakkan untuk kulit muka yang sensitif dan berjerawat.




Nak tengok sangat Irine pakai kan! haha. nahhh,hamik setepek.
Gambar semasa Irine pakai mask dan yang sebelah tu bila mask tu dah kering Irine cabut. Boleh nampak kan kesan-kesan yang lubang-lubang dengan blackhead melekat kat situ. Banyak rupenye --'' huhu.

Irine pakai time waktu malam sebelum tidur, yelah, dah ada anak kena pakai time dia tengok syiok tido, kang kacau daun. huhu. Korang jangan pelik tau, mask ni boleh sapu satu muka (cuma please elakkan sapu dekat bahagian kening, bibir dan bahagian mata). Sebab ape? Sebab nanti kalau korang sapu dekat bahagian situ, time dah kering dah cabut mask tu kemain sakit dekat bahagian kulit lembut tu.hehe.so kena pakai elok2 ok!  Kalau nak lagi bagus, sapu mask ni dekat bahagian yang korang rasa yakin bahagian tu banyakkkkk dengan blackhead dengan whitehead! haha. Kene yakinnnnnnnn :p

Lupe nak cakap, Floral Mask ni selamat ke guna? Yup! Selamat, jgn risau sebab halal dan muslim product. Mask ni ada 7 bahan aktif produk. Salah satunya ialah ada Vitamin A, B3, C dan E untuk merawat kulit.

Kalau nak try mask ni, boleh order dekat sini okeh? DIAN PIXY 

 dah pakai 2-3x and nampak hasil, mesti tak menyesal.



Next entry  : Medina cukur rambut





Stroller for baby Medina


Assalamualaikum..

Finally...



Medina's 1st car! haha.

Tahniah anakku sebab dah berjaya memiliki kereta pertama tanpa lesen dalam hidup! hoho!
'
Lepas survey punya survey, Irine pilih stroller SCR10 utk Medina. Niat nk beli Quinny tak lepas sebab husband lagi berkenan dengan SCR10 ni.huhu. Mula-mula macam berat hati sikit sebab bukan 3 roda.hoho! Tapi bila lama-lama tengok "eh nampak comel pulak kannnn". Sebenarnya, husband tu suka sangat nak SCR ni sebab tempat letak barang dia besar. Tu jeee motif dia nak tempat simpan barang besar!! Haaa...nampak tu, terbukti jelas dalam gambar ni, tempat letak barang tu tak sempat beberapa minit dah isi banyak benda. Ish, ish, ish..nampak serabot pandangan mata. Tu semalam saje nak testing letak barang byk :D 


See? Fiska Medina nampak selesa sangat tido dalam stroller ni. Belum bayar lagi stroller time ni, just nak cuba-cuba letakkan Medina dalam ni, tengok-tengok dah lena dulu tak sedar apa. huhu..

So far, best jugaklah, takdelah berat mana. Cuma takdelah seringan Quinny kann..Haaa kannn.heheh.
Best sebab bila letak Medina dalam ni dia tak mudah nak terjaga sebab stroller ni macam tegap and tak bergegar bila tolak. Tahan lasak jugakla. Untuk stroller ni, Irine amik skali dengan car seat. Plan mula-mula nak SCR5, tapi takde pulak kat situ. Tak tau pon yang stroller SCR ni ada banyak model. SCR 5 la, 6 la, 7 laa, 8 laa, 9 laa, 10 laaa. Banyak rupenye. Ingat satu model je. 



Disebabkan rushing sangat nak balik kampung, terus setuju amik SCR10 ni. Nampak macam bergaya jugak.haha. Takde motif betol :P  Kalau dari segi nak lipat stroller ni bagi Irine mudah je,cuma besar sikit je bila letak dalam kete. Mudah sebab bukan Irine yang kena lipat masuk bonet nanti. haha.Barang-barang lain still boleh masuk dalam kete. Dun worry.  Kalau kereta Irine ok laa,tak nampak macam makan space pon. Kalau nak bukak skali tayar dia pon boleh, bukak macam tu je,pastu nak pasang, pasang masukkan balik je. Takyah pakai skru2 player2 dah. Dan yang penting stroller ni boleh pakai dari newborn sampai besar (umur berapa tak hengat ). Dengan kegagahan Irine, boleh lagi handle stroller ni :) 

So secara kesimpulannya, title entry yang lepas patut ditukar kepada
"stroller idaman hati suamiku". 
haha.



p/s : mungkin lepas ni nak cerita tentang survey baby carrier pulak. Haihh macam-macam benda. Tulaah, bila dah jadi mak-mak ni, barang-barang keperluan anak tak pernah rasa cukup. 



Stroller baby idaman hati


Assalamualaikum..

Sejak dari awal mengandung, kebanyakkan barang-barang keperluan baby yang harga agak beratus-ratus mahupon yang beribu-riban, mesti akan letak dalam list paling tepi dan ke bawah skali. hehehe.Sebabnya, barang2 yang mahal selalunya memerlukan fulus yang banyak. haha. Selalunya, akan tunggu bulan yang betul-betul durian runtuh baru beli.

Macam Irine, semua barang-barang baby Irine suka survey dalam google dan tanya-tanya pengalaman orang yang pernah guna dan beli. Contohnya macam nak decide beli baby cot aritu. Berkenan tengok katil baby yang design ala-ala english style, terus rasa macam nak cari dan start menabung! haha.


Masa mengandung dulu, berkenan sangattt tengok design baby cot ni. Rasa macam best and selesa pulak kalau baby tido dalam katil macam ni. Lagi-lagi color putih. Disebabkan bilik kitorang katil sendiri pon dah tema putih, so nak la jugak matchkan dengan katil baby jugak.




Rasanya lama jugak nak decide dan survey baby cot masa nak beli aritu. 
Ada laa dalam 2-3 bulan sebelum tu asyik-asyik masuk kedai yang sama. Ikutkan Irine, kandungan 5 bulan dah nak beli katil baby, tapi fikir-fikir balik awal sangat. Bila dah masuk tepat 8 bulan, baru masuk kedai yang Irine jumpa sebijik ada jual katil design macam ni. Sebenarnya bersepah je kedai jual katil macam ni. Tapi, Irine ni jenis, kalau dah nampak satu benda tu dekat satu tempat ni, mesti akan stick dgn tempat tu jugak. Tak boleh tukar-tukar lg! haha.

 


Jadi, kitorang pon belilaaaaa katil yang sejibik yang Irine idamkan. hehe. 
Irine beli dekat kedai baby dalam Setia City Mall. Kalau sape nak carik, silalah serbu kedai baby dekat level atas sekali tu okeh. Kalau design macam ni ada 2 color tak silap Irine. Color putih dengan color dark brown (yg ni pon lawa jugak!). Sebenarnya katil baby ni bila lepas bersalin pon boleh beli, sebab baby baru-baru lahir memang tido sekatil dengan kita. Tapi dependsla, Irine beli sebab time tu memang dah aimkan bulan ni nak beli katil! hehe.

Tutup bab katil baby, bukak bab lain pulak~
..
......
....................
.......................................


Sejak dari awal mengandung, selain dari breastpump atau baby cot, stroller pon antara salah satu yang selalu kitorang survey.hehe. Ketiga-tiga benda alah ni antara barang keperluan baby yang boleh buat Irine semput sikit.haha. Tapi takpelah,, untuk anak je pon. Lagipun, stroller ni boleh guna lama and boleh recycle untuk anak kedua, ketiga, ke ke ke. huhu. Yang bestnya anak 1st ni lah, semua dapat merasa benda baru :)

Bila jalan-jalan dekat mall, Irine mesti nak tengok stroller dulu. So far, sekarang ni Irine tak beli lagi stroller, masih dalam mood survey lagi. Sempat pinjam stroller akak Irine je aritu. hihi. Memang dalam plan kitorang, stroller adalah keperluan nak beli lepas bersalin. Tau-tau je laa kan, harga stroller ni pon boleh tahan jugak. Puaslah jugak menabung :P Dependsla dengan brand dan kualiti dia. Sekarang, tengah tunggu masa je nak beli sebabkan kitorang pon dah selalu bawak Medina keluar pegi mana-mana. Susah nak dukung, lenguh satu badan.

Kalau diikutkan nak beli stroller, Irine suka color merah atau hitam. Dua-dua color tu mcm nampak smart sikit selain color penyelamat. hehe. Maunyaaa Irine beli color pink, anak kedua nanti boy,takkan nak pakai pink jugak. huhu. Lagi satu, kalau boleh biarlah stroller yang nak beli ni handlenye boleh guna untuk ke depan dan belakang.

So, antara yang banyak-banyak ni, ada la jugak beberapa pilihan stroller yang Irine suka dan berkenan.

Pilihan pertama Irine : Quinny Zapp Xtra

Of course Quinny paling berkenan di hati.haha. Even ramai yang pakai macam ni, tapi still suka jugakk. Rasa macam smart lagi-lagi color merah. Tapi husband cakap dia kurang berminat dengan Quinny Zapp Xtra ni pulak sebab kalau boleh dia nak carik stroller yang ada tempat isi barang besar sikit. 

Pilihan kedua Irine : Quinny Buzz


Cair hati tengok stroller Quinny color pink ni. Mesti Medina sukaaa niiiii.. Padahal ibu dia yang suka lebih sebab color pink mengancam! huhu. Suka jugak dengan Quinny Buzz ni, tapi antara banyak2 stroller yang berkenan kitorang survey, Quinny Buzz ni antara yang termahal. Jadi, ada besar kemungkinan tak beli stroller ni :P 

Pilihan ketiga Irine : SCR by Sweet Cherry

Cun jugak stroller ni. Yang paling penting, suami cakap ok. haha. Tengok ramai jugak yang pakai SCR macam ni, nampak cool and smart. Color black ni pon nampak best. Besar kemungkinan boleh terbeli stroller SCR ni. Okeh kita tengok dulu macam mana. 


Pilihan keempat Irine (sebenarnya tak masuk dalam kategori pilihan Irine pun, pilihan suami.haha) : Halford

Baru last week, Irine 1st time tgk stroller ni. Ikutkan Irine, irine x berapa berkenan sgt. hihi. Sebab design dia nampak besar sangat. huhu.Kalau boleh nak laa stroller yang comel2 sikit. heeee.Senang la Irine nak kehulu kehilir bergaya sana sini dengan stroller :P  Tapi aritu suami dah siap test drive tolak-tolak lagi stroller ni dalam kedai. haha. Konon-konon nak bagi i terpengaruh laa tu. jangan hareep.hihi. Dia kata best sebab tempat simpan barang2 besarrr. Lagi satu, dia penah cakap kalau bab stroller serah pada dia sebab last-last stroller tu dia yang akan tolak and lipat masuk kete.
Emm..yang ni besar kemungkinan akan direject-sereject2nya oleh Irine.haha.tapi x taulah macam mana nnti, ok kita tengok!


 Antara keempat-empat ni, tengoklah mana yang bakal dibeli. Nanti Irine share dalam blog ni. Kalau ada rezeki lebih, bolehlaa beli stroller yang ok sikit. he~he~he~ (gelak ada makna). Bakal2 ibu diluar sana,dah beli stroller ke? Bolehla share dengan Irine mana yang bagus, mana yang tak.


 Tengah google-google stroller, sekali terjumpa gambar stroller ni.




haha, cool gile kalau Medina naik stroller macam ni. 
nak pegi mana ni? Bulan? haha


 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in