Family Portrait


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Ada korang rasa tak macam masuk blog orang lain. haha. Janganlah gopoh-gopoh tangan tu nak pangkah tab blog ni, sebab kita baru je tukar background :'D Saje nak tukar, nak fresh daripada 2014 katanya. hihik. Cantik x kakton.haha. Background lama pink tu dah 2 tahun pakai.

Lepas dah godak-godak blog ni, barulah perasan hampir 7 tahun berblog. 1st entry yang tak berapa nak mencirikan seorang blogger masa start buat blog 2 September 2008. Masa umur 15 tahun, form 3 dulu. Lama kan kan. Dah tuaa dahhh rupenye blog ni. Kalau ikutkan, dah masuk darjah 1 tahun ni.


1st entry dekat blog dulu. hahahahahahah :')
Nangis air mata berdarah tengok mula-mula punya ayat masa bukak blog. 2nd September 2008 dulu. Alaa tengok ayat pon tauulahhh ayat budak-budak. Tu yang ada ejaan macam budak2 baru nak up. lol :'D Minta dijauhkan dgn penulisan yang kebudak-budakan macam dulu. Mak orang dah ni tapi belum masuk umur 3 series lagi :P Tak sanggup nak tengok.  And hyeeeee! ape-ape pun 7 tahun dah blog ni berdiri. Cewahhhh, berdiri tauuu, cliche sangat ayat.

Bersyukurla sebab blog ni penah dpt award masa tengah pantang dulu. huhu. Orang kata berbaloi la sakit-sakit tangan type entry dekat blog selama 7 tahun dapat pengiktirafan. :D


Ni entry #throwback ke ape ni. hehe! 

Eeeee..kan dah tersimpang cerita benda lain. 
Sebenarnya entry ni nak cerita family portrait 2 minggu yang lepas. Macam biasala, entry kalau tak basi dan tak peram lama-lama dalam draft memang tak sah. Ok2, throwback balik, konon-konon baru lepas shoot semalam la. huhu. Kalau korang perasan, blog ni banyak betul ada gambar-gambar shoot. Terlalu banyak daripada berdua sampai dah bertiga. 





Next, cerita tentang family portrait yang lepas.


Sedondon tak kitorang? haha. cap ibu dan anak untuk shoot kali ni pilih tema grey.

Dah plan lama dah untuk family portrait ni. Untuk kali ni tak macam kebiasaan, jadi cabaran sikit sebab adanya watak baby. So, nak bergambar ni kena ikut mood baby. Baby "eekkkk" sikit payah dah. huhu. Tapi Alhamdulillah overall ok sebab sebelum nak gerak pegi shoot, kasi Medina tido daripada pagi. Bagi mood dia baik-baik sikit and kasi dia puas tido dulu. Layan jelah gambar-gambar dekat entry ni :)



bertiga dah kan :)

InshaAllah akan berkembang lagi lepas ni. Siapa taknak anak ramai kan? Anak ramai rezeki kita.
Walaupun sorang je anak, rezeki tu datang bergolek-golek secara kita tak sedar dari segala jenis bentuk. Kalau nak kata letih ke ada anak, biasalah kan ibu bapa mana yang tak letih. Tapi dalam letih-letih tu ada kemanisan dia. Memang percaya dengan ayat anak adalah penghubung kasih sayang pasangan suami isteri.


Being a family means you are a part of something very wonderful. It means you will love and be loved for the rest of your life. No matter what. I love you both. -ibu-

Tutu Dress ibu from CALA QISYA
Tutu Dress Medina from @itsnanalahboutique (search instagram )


Mood Medina memang ok sangat masa ni. hehe. 
Gedik pulak tengok dia senyum tutup mata. 




Macam tema vintage pun ada jugak. huhu ^___^ 





















Sweet pulak tengok gambar ni :')
Sape tah ajar Medina feel sangat masa pose gambar ni, dia spontan tutup mata and hala hidung dia dekat ayah dia. Amboihhhhhhh.. tapi takpelah ibu tak jeles pun, dua2 harta ibu.






Kalau nak bercinta, cari yang halal untuk setia, kalau nak bahagia, 
kejar doa-NYA ke syurga  

(Tagline baru blog ni. hehe)


3 of us ! 






and last but not least, 
Medina dah tido masa ni. Ibu dengan ayah lari-lari pegi masuk celah hutan mana tah ada banyak sang nyamuk punya sarang. huhu. Tq so much yang tak terhingga dekat photographer kitorang which is photographer yang sama pernah shoot masa pre wedding kitorang dulu. Kamcing tau.haha 

1 tips yang Irine boleh beri dekat korang untuk pilih photographer untuk engagement,wedding or whatever, pilih yang jenis pandai nak handle kita masa shooKalau photographer Abang Shah ni, kita belum sempat tarik nafas , dia dah plan kan shoot macam ni pulak :P Rajin dia ni !! Gigih! haha! Highly recommended photographer ni! Booked laaa dia jadi photographer korang, for sure tak menyesal sebab terlalu baik and friendly (bukan bodek, tp berdasarkan pengalaman sendiri) 

LIKE FB PAGE : 

ada promotion sekarang :
SIAPA YANG BACA BLOG IRINE,
AKAN DAPAT REBATE RM 500 DARIPADA
CLICKS THE MOMMENT !! RM500 ok!! byk ok rebate! 

Cuma kalau nak booked dgn photographer ni, just mention , 
"saya baca blog Irine dan nak dapatkan rebate Rm500"





and we still in love.
Moga sampai ke tua. haha <3 br="" nbsp="">






Cara-cara buat passport baby


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Pagi tadi kitorang pegi buat passport untuk baby Medina. Disebabkan semalam cancel nak pegi sebab terlajakkk tido, maka pagi-pagi tadi lepas subuh terus siap2 nak gerak awal. Selalunya Medina bangun awal lepas Subuh, tapi td nyenyak pulak dia tido, letih berenang kot masa dekat baby spa tu.haha.

Pukul 8 pagi macam tu, kitorang gerak pegi Pejabat Imegrisen dekat PKNS shah alam. nasib baik dekat, tapi dekat-dekat pun bila sampai parking penuh dah. Kitorang naik atas and tengok-tengok ramai dah orang. Nasib baik nak buat passport untuk baby je sebab passport kitorang still valid dan tak mati lagi.

Kitorang buat passport untuk baby RM 80 untuk 2 tahun. Before nak ambil no tu, kena isi borang kecik dulu. Dalam tu ada la kena isi nama, alamat, ketinggian baby, status bujang ke, dah kawen ke. Irine tanda dekat status Medina "bujang". Wahahah.rasa macam besar sangat pulak kan anak dara sorang ni. Tinggi dia sebenarnya tak sure, tapi boleh ukur dekat situ diorang tampal pengukur dekat pintu. Tinggi Medina 66cm. Ok lah kot untuk baby 7 bulan. Kalau korang nak buat passport baby, bawak sijil beranak baby sekali ok.

Lepas isi borang  kena beratur la dekat kioks ambil gambar layan diri dekat tepi tu. Rupa-rupanya tak boleh, sebab kalau baby orang tu suruh pegi amik gambar dekat ada bilik belakang khas untuk baby. Penat je beratur T__T

Ikut ada sorang auntie tu bawak tunjukkan bilik tempat untuk khas ambil gambar baby dan sampai-sampai je orang dekat situ cakap, takde baju gelap sikit ke pakai untuk baby. Irine pulak terlupa nak bawak spare. Irine pakaikan dia baju color merah, mungkin merah terang sangat kot, tak terima. huhu. Nak taknak, akak tu cakap kena sarungkan Medina dengan kain color merah gelap.

Ni laa hasilnya gambar passport Medina. haha.


senang pulak nak amik gambar dia senyum. cuma, bila senyum tu kepala dia jadi senget plak. akak yang amik gambar tu mcm x puas hati.haha. Rambut medina kan selalu memang masuk dalam telinga, pastu kena tolak ke belakang sebab nak kasi nampak telinga.

Sebenarnya kan, kalau korang perasan mesti nampak pelik kan kain merah tu. Sebenarnya tu tudung tau T___T tudung yang ada awning keras tu, akak tu sarungkan dekat leher medina jadikan dia baju.haha. Boleh nampak line dekat tengah-tengah tudung tu :P

Lepas setel amik gambar semua, tunggu no giliran. sekejap je pun padahal orang ramai, tapi diorang utamakan warga tua dan baby. Medina punya giliran dapat orang no kedua. Nasib passport sendiri tak yah buat lagi dah. Dah setel semua nama kena panggil, bagi sijil beranak, gambar 2 keping, and ic ayah/ibu (penjaga). Mykid tak payah pun sebab dah pakai sijil beranak kan. Then, bayar lah utk passport :) Passport siap dalam 2 jam, so kitorang balik rumah dulu, then datang lepas tu ambil passport yang dah siap. Medina sooo happy! dia pegang passport dia tak lepas2. nak amik marah + nangis. Hishhh budak nii !haha

K lah, tu je. saje nak share :)
kot-kot korang nanti nak buat passport untuk anak ke kan. Boleh la refer entry ni ape nak buat + bawak.



Tata, Assalamualaikum.

p/s : Korang dialu-alukan untuk "SHARE" entry ni 

Hippopo Baby Spa & Wellness


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Ok sebabkan ramai yang tanya dalam instagram video baby Medina dok swimming kuak lentang dia tu, maka dengan sukacitanya Irine share dekat sini :) For me, ni salah satu pengalaman yang terlalu menarik and best sangat-sangat untuk family outing dengan baby sekali.

Lepas habis exam petang semalam, terus balik rumah dengan leganya sebab macam yang di plan, lepas habis exam ni nak pegi long holiday. Padahal takde cuti pon lepas exam, amik cuti sdn.bhd. hoho :'D Ampunn lecturer. huhu.nnti saya bagi surat. huhu.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, Irine and husband plan pagi-pagi hari ni dalam pukul 8 pagi macam tu nak pegi Pejabat Imegrisen sebab nak buat passport untuk baby Medina. Tah macam mana tahh, pagi2 lepas Subuh, tertido balik, pastu sedar-sedar dah pukul 8.30 am. Terus cancel plan! sebab for sure, ramai orang and no giliran dekat pejabat imegrisen tu dah la cepat habis. Pernah kena sekali dulu. Then, terus carik idea nak pegi mana hari ni nak bawak baby.




Tinggggg! *lambang mentol menyala*



Terus cakap dengan husband, abang jom pegi tempat ni jom, dah lama survey tapi sebab exam lama sangat tangguh dulu hasrat. Very nice place yang sesuai untuk parents habiskan masa dengan baby !

Just nak share dengan korang, satu-satunya 1st spa untuk baby di Malaysia. Haaa, ingat kita-kita je ke yang ada spa, baby pun ada spa dah skang. Amboi,amboi,amboi, kecik-kecik dah pegi spa. Biassaaa dia tu.



Hippopo Baby Spa & Wellness

Tq to uncle Andika and Auntie Hazura parents baby Umar sebab suggestkan tempat ni!! Rasa excited tengok gambar baby Umar pegi spa ni.

Hippopo Baby Spa & Wellness ni bukak pukul 10 a.m. So, around 10 a.m gitu, Irine call untuk set appointment dengan diorang. Yelah, kot-kot full ke, tak ke penatt nak ulang alik. Irine set appointment pukul 12 tengahari takdelah terlalu pagi sangat kan.



Datang-datang je takde orang masa ni! haha bestnyeee!! Sebab pegi weekdays kan, kalau weekend sure penuh sebab ramai set appoinment bila weekend. Kalau korang nak pegi time weekend, make sure call set appointment 3 days before ok! Sebab dengar cite, kene tunggu turn kalau ramai sangat. So, kira untung la jugak pegi time takde orang macam ni. hehe. Takdelah rushing-rushing and rasa macam buat rumah sendiri pon ada! hehe.



Kalau korang nak tau,  Hippopo Baby Spa & Wellness ni ialah Baby Spa ada swim + baby massage! sebenarnya bawak medina pegi baby spa ni nak bagi Medina exercise dalam air, nak bagi dia main swimming2 dalam air :)

Cantik tau dalam dia, pastu bila masuk and sepanjang dalam spa ni ada lagu baby diorang pasangkan. Lagu suara budak-budak. Yang besar ni pun dengar terhibur rasa enjoy. Yang dalam gambar atas ni, big tub tau.


Small tub comel :) Rasa nak beli letak kat rumah  :'D


Siap ada lagu keluar masa nak mandi.


Toys dia pon best2 :P



Ok mula-mula sebelum Medina nak bawak mandi dalam kolam dia tu, kena main-main dengan mood dia dulu. Bagi dia khayal and kasi warm up dulu. So, staff dekat Hippopo Baby Spa ni pandai jugak dia attract Medina dengan main-main dengan dia dulu. Nampak tak muka Medina macam pelik semacam? haha, sesi suai kenal la tu. Suka sangat dengan cara staff dia main dengan baby. Very friendly! 


Lepas dah setel main-main dengan Medina, sebelum mandi staff baby spa ni dia streching kan kaki dengan baby Medina dulu supaya tak terkezuttt masuk kolam nanti. hihi ! Nampak muka Medina tu, muka macam redha dan pasrah je. Oii! princess sangat tau! Ibu dulu kecik-kecik pon atok dengan maktok tak bawak pegi spa pun. huhu


Maka, siap sedialah si kenit ni dengan muka pasrahnya sebab ibu nak masukkan dia dalam air!! hehee. Salin semua baju, diorang pakaikan pampers diorang untuk bawak masuk dalam kolam. Yelah, kot-kot terkencing ke terberak ke, habis berkeladak air.haha. Nasib Medina tak berak :P Nampak muka dalam air macam tengah meneran tadi. Ibu dah cuak dah.haha. 


And tadaaaaa!!! hehe! 
dah kenapa rupa Medina dah macam Shin Chan masa ni.hahah! Mula-mula reaksi Medina macam relax wat cool je kan. 


Kitorang biarkan dia bawak diri dalam air dengan pelampung ni. hehe. 
Eh cop, mesti ada yang tanya, "eh tak sakit ke kepala Medina dalam pelampung macam tu, kesiannnyerrwwww". Ok janganla risau, sebab pelampung ni dia neck support which is dekat bahagian leher tu dia support. Irine sendiri ada beli pelampung ni dekat rumah, and dekat baby spa ni pun diorang guna pelampung yang sama khas untuk babyy.  Baby yang guna neck floats ni alat yang sangat membantu dan berguna untuk baby sebab dia membolehkan baby2 rasa selesa, bergerak bebas, dan selamat dalam air.

Pelampung tak payah bawak, kat sana dah sediakan :)
Cuma korang kena bawak pampers siap2, tapi pampers tu kita gunakan masa nak balik la kot. Sebab masa nak mandi, diorang pakaikan pampers diorang sendiri.



Mula menunjukkan belang. haha.


Tapi belang tak menjadi sebab Medina kaki dia tegak semacam dalam air! haha! Nak tergelak tengok. Tapi, masa ni awal-awal lagi, dia baru nak sesuai dengan air.

 

hahahhaa. mau tak tergelak tengok gambar ni?
Dah kenapa si Medina ni terapung semacam dalam air.Seriusss, dia float kot! haha.Pastu buat muka slumber dia je.  Ibu masa tangkap gambar ni mau tergelak terbahak-bahak tengok gaya macam ni. And lastly baru dia kayuh-kayuh. Comel gile tengok tauuu!!



Ok tukar pelampung lagi satu! hehe
Ibu rasa heppyyy sangattt bila tengok si kenit ni happpyy!! 


Amboi, siap nak silang-silang kaki tau dalam air. huhu. hebat sangat la tu? 


Pandai berdikari dah time ni. Ok kalau nak tau, masa dalam kolam ni selama 20 minit tauu :) Tapi rasanya Irine macam dapat lebih sikit sebab masa mula-mula rendam tu keluarkan dia balik sebab Medina lapar. Then, Irine breastfeedkan kan dia dulu dalam bilik bf yang disediakan untuk ibu-ibu yang menyusu baby dekat bahagian belakang. Lagipun takde orang masa ni. Selesa tauu! Pastu baru bawak masuk balik mandi sambung :) 


Masa ni kaki dia kayuh-kayuh tauuu. Eh lupa nak cakap, air dalam ni tak sejuk pon tau. Suam-suam je, boleh buat baby mengantok-ngantok nak tido sebab dia rasa tenang. Rasanya seingat Irine dia cakap tadi suhu air tu 36 drjh celcius. 

Kalau korang nak tengok video macam mana Medina swimming dalam pool ni, 
follow Irine dekat instagram , search @irine_nadia ok?! 


Ok dah selesai mandi! hehehe. habis dah 20 minit main-main dalam air tadi.
Nampak kan muka happy dia tu? Melting tengok :')


Yes ibu ! Medina dah habis mandi, now i want my fresh milk!! 



Suka la tu ayah dia dok dukung.





And last sekali, massage time!! Best tauuu, lepas mandi ni, dia massage kan seluruh kaki, tangan, badan baby. Seluruh badan habis dia urut. 


Masa ni, Medina diurut dengan minyak organic ape tah, tak ingat ape dia cakap. hahah. Tapi, nampak macam best dan hampir-hampir terpengaruh nak beli. Nasib baik, iman masih terkawal lagi masa ni suruh jangan membazir.wakaka! 

tq Hippopo Spa Baby & Wellness atas layanan tadi. InshaAllah pasti akan datang lagi bawak baby.

Bagi yang nak tau berapa bayaran kena buat, only RM 76 per session include swim for 20 minutes + baby massage. Rasanya sejam setengah jugak dok dalam baby spa ni tadi :) Memang rasa sangat berbaloi tauu! 

Untuk full address, boleh check dekat sini.

Address : F30 1st Floor, Centrepoint Bandar Utama, 
No. 3 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Operation Hours : 10 a.m.- 8 p.m. (Monday-Saturday)
10 a.m. - 7 p.m. (Sunday and Public Holiday)

Mommies and dadies, remember to spend quality time to your little ones ok! 

InshaAllah nanti akan review dan share apa-apa lagi yang best dalam blog ni :)

tata, Assalamualaikum.
Tq for reading! 

Jap, terjumpa gambar ni kalau fullhouse time weekend. 
Bandingkan dengan Irine pegi time takde orang.hihi 


Fullhouse!

Semuanya terletak di tangan anda,
chewahhh!! hahah :P



p/s : Korang dialu-alukan untuk "SHARE" entry ni untuk suggest pada kawan2 or sape2 je lah!!






 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in