Surprise for your love ones


Assalamualaikum.
Title entry tak nak kalah kan.haha. 

Kali ni entry tak banyak dan panjang pun, sebab semalam punya entry dah berjela kan. kahkah.
Entry ni nak bagi idea dekat korang macam mana nak surprise kan orang tersayang.teheee~ 


Ok last month, ntah macam mana tahhh datang seruan nak buat surprise dekat husband.
Takde special date pun, bukan anniversary kitorang dan bukan sebab birthday dia, just for fun and as tanda appreciate dkt husband. And macam-macam cara jugak fikir macam mana tak nak kasi terkantoi buat surprise ni. Selalunye manusia bernama "irine" ni kalau buat apa-apa mesti senang terkantoi T___T 

Sebenarnya ada 3 perkara yang di plan utk surprise ni.

1st, nak booked hotel.
2nd, nak beli hadiah utk husband tanpa pengetahuan dia.
3rd, nak deco bilik hotel kasi wakenabeb utk husband. 

Nampak macam ek eleh, senang je pon. mmg laa senang, tapi sebabkan diri ni memang 24 hours berkepit dgn husband pegi mana-mana. Mana ada Irine, di situ ada batang hidung husband. hewhew~ Payah kalau sentiasa ada depan mata ni. hihi, senang nak terkantoi. 

1st time buat surprise boleh dikatakan misi berjaya.hihik. Cubaan untuk menjadi romantik nampak macam berhasil. ekeke.

Perkataan "romantik" tu very the subjektif!
Ada jenis orang dia romantik tapi tak tunjuk dengan perbuatan even dengan kata-kata sekalipun. Tapi dia lebih pada pamerkan kasih sayang dan sifat "take care" pada pasangan dia.

DAN
Ada jenis orang dia romantik dan tunjukkan dengan perbuatan dan kata-kata. Tak pandai nak bermadah pujangga bagai, tapi dia usaha macam-macam dengan perbuatan dia menunjukkan kasih sayang dia pada pasangan.

So, anda rasa korang yang mana satu? :P



Sambung balik cerita.
Utk plan ni, perlukan pertolongan abang Irine utk booked kan hotel trough Agoda sebab murah kan. So, pilih Hotel Pullman dkt Putrajaya. stay semalam je, 2-3 malam lemak r kan surprise mcm ni. haha. Asalnya x pandai nak booked hotel pakai Agoda.ngee. tu yg mintak abg tolong. 

Part nak belikan hadiah. Yang ni pon pening padayappaa jugak sebab hampir-hampir terkantoi. Komplot jap dengan kawan husband minta survey and belikan Ps4. hihi. Tup tup, esok kawan dia dah tolong belikan and deal jmpe dekat luar. And Irine cakap dgn husband nak keluar kejap jumpa kawan nak hantar assignment, padahal nak amik hadiah tu.hoho, sorryy isteri u tipu sunat :'D 
Balik rumah, sorok Ps4 dalam bonet kereta. semalaman jugak lah dok dalam bonet, bahaya gak kot2 kene curik.Risiko betul --' 

Just mention dengan husband, free kan date ni jgn pegi mana-mana. sebab nak check in hotel.
And we all check in Pullman, Putrajaya after lunch macam tu. 



Ibu dengan baby tengah tunggu ayah bersiap. ish2, lama tau x tunggu dia ni siap. T__T

 

Pullman room hadap tasik and ada balcony..
So far best sebab bilik besar dan luas. toilet pon besar dan luas sgt. 

Masa datang-datang takde surprise lagi. hehe. Puas laa dok lekakan husband x nak kasi dia perasan, padahal before bertolak tu, Irine dah bawak masuk seludup kotak hadiah masuk dalam bonet dia pulak. Nasib ada stroller Medina dalam bonet, cover kotak hadiah lindung dengan stroller. haha berguna stroller ni time emergency.

Next, 
malam after dinner baru masuk balik bilik. 
And....
.....
....................
............

terperanjat la jugak dia tu bila masuk bilik bila nampak semua ni.
ok layan gambar.


















Sengehhhh jeeee dapat habuan. :'D 

Details satu-satu x nak cerita.haha.
layan gambar je la sebab entry pun nama entry bergambar :)
But tak sangka misi berjaya dengan surprise bilik ada balloons, ada bunga rose, ada candle lagi. Berjaya plan semua ni :) Boleh la korang yang takde idea nak buat surprise dkt orang tersayang, amik idea macam Irine buat ni :) Yes,sweet sangat dan dalam hubungan ni macam-macam kita boleh buat utk eratkan hubungan dgn husband-wife. (ada gaya pakar x cakap.haha).



Last but not least, 
 i love you dunia akhirat suami :) 













 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in