Tutorial memakai shawl labuh, lebar dan panjang.


Assalamualaikum
Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua :) Hope everything amalan ibadah sepanjang seminggu ni berjalan dengan sempurna di mata kita dan Allah. 

Just quickly update, 

Something good to share to all my blog readers, ramai yang request macam mana nak lilit-lilit shawl untuk cover bahagian yang sepatutnya dengan sempurna. So, korang boleh refer dan share tutorial entry ni dekat siapa-siapa pun untuk kebaikan kita semua, InshaAllah :) 

Tutorial untuk memakai shawl labuh, lebar, dan panjang ni, sebelum ni dah pernah share dekat instagram. Alhamdulillah dpt byk good feedback and ramai yang dah terikut-ikut jugak. kalau nak tengok video, payah sikit laa sebab kena scroll video tu 3 bulan yang lepas. hoho :'D 

Tq someone yang tag dekat instagram tadi, dia cakap dia pegi scroll sampai ke bawah2 cari video ni dan print screen satu-satu gambar lebih 20x, crop dan tolong collagekan ikut susunan. haha gigih!  tq so much dik ! besar pahala tolong buat macam ni. So, yang ni just edit sikit letak no ikut susunan,



8 steps mudah.
Diri sendiri pun belajar dekat youtube. Sebelum ni kalau beli shawl labuh memang main lilit je dan hasilnya tak seberapa kemas pun. Finally, belajar macam mana nak lilit dengan kemas. 

Meh ajar sikit step by step ikut susunan.

*Sediakan inner tudung syiria dan shawl labuh + lebar yang measurement dia 2m x 0.8. Tu ukuran yang selalu pakai la. Inner syiria tu aku pakai hari-hari sebab nak cover bahagian dalam sebab mostly material shawl kadang-kadang jarang. Tapi, even x jarang pun, kalau dah biasa pakai inner syiria dekat dalam tu, mesti hari-hari pakai. depends, tapi digalakkan pakai la. 

1. Sarung inner syria dulu. Yang macam dalam gambar ni, aku pakai inner neck Medina yang aku pernah jual dulu dan sarungkan je outer tudung. tudung2 cenggitu boleh jugak beli dekat kompleks PKNS. belambak2 dan murah :D 

2. Ambil sehelai shawl yang agak-agak panjang, lebar, labuh.

3. Pin kan macam biasa, sebelah pendek dan sebelah lagi panjang. tu basic nak pakai shawl, semua orang tau kan? :)

4. Ambil bahagian yang panjang tu dan lilitkan bawak ke bahagian atas kepala

5. Bila bahagian yang panjang tu dah bawa ke bahagian atas, jangan pin kan dulu,
nampak tak dalam gambar tu aku lilitkan separuh je ? Dan tinggalkan macam ada ruang berlayer dekat bawah tu.

6. Ambil bahagian ruang yang berlayer tu, bawak ke atas tepi kepala, dan cucukkan jarum peniti antara dua bahagian tu. Yang bahagian no.6 ni kalau siapa tak faham, tenung lama-lama sikit gambar tu.haha. Ianya memerlukan penghayatan :P 

7. Nampak kan pic no 7 tu aku tengah pin kan kat tepi kepala? haa macam tu lah gayanya.

8. Tadaaa! Siapppp! pandai2 laa kome adjustkan tudung tu, letak brooch comel-comel dekat tepi bahu tu jangan kasi bergerak2. Bahagian belakang tudung sama panjang macam depan. Cuma kadang-kadang kalau aku bergerak ganas, bahagian belakang tu dia jadi pelik sikit.haha.tapi x pelik mana pun, janji kita pakai selesa.

senang kan? try2 laaa. hehe.


Antara contoh aku selalu pakai. 












Bahagian belakang macam dalam gambar dekat atas kanan tu. 





Ok bye!
selamat mencubaaaaaa! 

Kalau nak tengok video, boleh tengok dekat sini,

http://instagram.com/p/l6rTNtrdeQ/

Follow instagram : irine_nadia






 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in