Finally, wean off !


Assalamualaikum :)

Entry yang lepas-lepas pernah kongsikan and mintak pendapat macam mana nak wean off kan Medina (cerai susu badan). Alhamdulillah Medina dah pun officially wean off, umur 2 tahun 5 bulan. Aku tak tau nak cakap happy ke sedih ke, tapi yg betulnya kali ni punya percubaan nak bagi dia putus susu, memang dipermudahkan. Tiba-tiba pulak. 

Macam mana aku bagi Medina wean off? Macam mana boleh berjaya?

Tips nya.........
aku letak colgate. haha. Itupun lepas lebih daripada 10x percubaan letak colgate baru berjaya ok. Kalau sebelum-sebelum ni, bila letak, lepastu dia tak nak sekejap je. Esok tu dia terus mintak balik nak menyusu. Sampaikan aku letak minyak cap kapak sikit, tapi lepas tu Medina demam seminggu :( huhu. 

Mungkin sesetengah orang cakap senang je nak wean off, tak payah letak apa-apa. Boleh lengah2kan bila dia mintak susu, pujuk baik-baik nanti dia faham la apa la..Tapi lain orang lain nasibnya, lain budak, lain kerenah perangainya kan. Semua benda tu aku dah buat daripada dulu lagi, tapi teknik2 pujuk tak berjaya. Sampaikan 2 minggu yang lepas, aku letak je suka-suka colgate, tapi takdelah mengharap apa-apa pun. Medina cakap pedas macam biasa, dan dia mintak ayah dia buatkan susu dekat dapur. Esok tu pulak, dia mintak buatkan susu, ada lah seharian tu dia mintak buatkan susu, LANGSUNG tak mintak nak menyusu dekat aku. Aku dah rasa pelik semacam, dah kenapa budak nih, kena mandrem ke ape. haha. Seharian tu memang berjaya, esok tu pun berjaya, lusa pun berjaya sampailah nak hampir 2 minggu.




Medina 2 tahun 5 bulan

Setakat ni Medina  sesuai dengan susu Dutch Lady perisa coklat. Perisa original dia memang taknak. Lain-lain susu dia tolak. Aku dah cuba bagi susu yang pricey and elok sikit, tapi medina tolak. Aku penah dengar orang ckp, ada sesetengah budak kalau susu mahal mesti dia taknak, bila susu yang "tak berapa mahal" mesti dia nak and sesuai. So, aku tanya la, antara susu yg harga mampu milik and ramai budak-budak suka minum susu apa, rata-rata jawab Dutch Lady! Tapi kalau ikutkan takdelah murah mana punnn! haha. Lagi-lagi skang ni zaman semua barang tengah mahal. Semua benda aku rasa mahal! --'


Tapi start 2-3 hari ni, aku sendiri yang bagi Medina menyusu balik. Aku cakap dah tak pedas, ibu dah basuh. Kenapa pulak bagi balik? Ishhh si Irine nih!! haha.  Sebabnya aku anggap Medina nih macam "breastpump". Lagi banyak demand, lagi banyak susu. Ntahh, aku tak tau nak describe macam mana kat dalam entry ni, mungkin ada yg baca tak faham kenapa pulak breastpump. haha. Tapi takla sekerap macam dulu, sebab sekarang ni memang focuskan untuk adik Medina pulak fully Bf. Cuma sehari tu ada la 2x bagi dekat Medina menyusu. Medina tolong jadi breastpump aku. Sampai bila pun aku tak tau la, tunggu sampai dia sendiri betul2 dah taknak. hihi. 


Berjayalah perjanjian ibu dengan Medina fully bF kan Medina daripada lahir sampai lah sekarang. 



Takde dugaan cabaran ke sepanjang menyusukan medina? 

Of courselah adaaa! haha

 Macam-macam dugaan jugak nak menyusukan budak seketul nih. Masa dia lahir dulu, dah lah tak pandai nak menyusu, sampaikan menangis jugak aku, dia tak pandai nak menyusu. Almost sebulan jugak baru lah pandai menyusu direct. Tambah-tambah pulak aku tengah study lagi. Lepas 6 bulan cuti pantang dan bersalin, aku masuk study sambung sem. Aku buat jugak stok susu EBM daripada pantang sampai Medina 6 bulan, tapi malangnya SEMUAAAA susu EBM yang aku buat stok sepanjang 6 bulan tu, semua aku buang, sebab Medina taknak minum susu ebm :( sadis kan? penat-penat buat, last-last buang sbb dah rosak.



Bila dah sambung study, kena ulang-alik rumah lepas habis kelas. Pagi-pagi kalau kelas pukul 8 atau pukul 10, memang sadis betul nak tinggalkan budak ni. Nangis-nangis dia sebab kena tinggal aku nak pegi kelas. Ayah dia yang banyak  jaga Medina bila ibu pegi kelas. Selalunya kalau kelas tu 2 jam, lepas habis je kelas 2 jam, terus aku pecut kete balik rumah nak susukan Medina. Kadang-kadang gap next class sejam, kadang 2 jam. Kalau 2 jam tu ok lagi, kalau gap next class sejam tu yang aku semput sikit. Rushing kejar masa nak pegi menyusu dan nak pegi kelas. Nasib rumah dekat dengan tempat study. Kalau dah habis kelas, selalunya aku balik rumah susukan Medina direct sampai lahhhh dia tertido. Agak-agak dia dah tido and dia dah kenyang, aku siap-siap pegi kelas balik. Macamtu lah rutin aku hari-hari bergelar seorang ibu, dalam masa yang sama seorang student :) Medina memang tak minum pakai botol dia taknak and dia tolak daripada kecik. Sebabkan tu dah takde cara lain, aku sendiri yg berkorban ulang-alik daripada kelas ke rumah setiap hari. Nasib baik time tu dah start solid food.



Kalau botol susu pulak, kau jangan cakap la, dah 2 kotak besar koleksi botol susu Medina dekat rumah ni. ada yang tak pernah pakai, ada yang pakai sekali untuk cuba-cuba je dan ada jugak yang tak bukak kotak lagi. Botol Tommie Tippie, Avent, NUK, dan macam-macam lagi semua ada dan semua Medina taknak. Membazir betul. 

Last-last masa aku start praktikal  bulan 12 tahun lepas, aku pegi beli botol COMOTOMO. masa tu brand Comotomo baru lagi. Aku tertarik dengan Comotomo sebab botol dia lembut bila pegang. Macam kenyal-kenyal gitu bila pegang. Memang puas hati dengan botol tu. Medina memang sesuai dengan Comotomo je sampai sekarang :)


Comotomo bottles
Kalau ada mummies yg still tak tau nak try bagi botol apa yg sesuai utk anak, maybe boleh try Comotomo ni. Botol memang lembut and cantik :P hehe


sebab paling suka botol Comotomo boleh dipenyek-penyek, dikenyal-kenyal macam gambar atas ni!!! hehehehehheheh


Ok tu je nak share!! hehehe 
Jumpa next entry
Bye bye







Cradle cap @ kerak kepala pada kepala baby





Assalamualaikum.

Korang familiar tak dengan "cradle cap" atau selalu orang panggil masalah kerak kepala baby nih?
Kali ni aku nak share pengalaman aku sendiri, masa baby kedua Hasya memang ada kena cradle cap nih. Penting jugak info ni sebab kalau jadi dekat baby kita, kita tau nak buat apa and nak selesaikan macam mana. 

Bagi yang tak pernah dengar cradle cap tu ape kan, 


Cradle cap : sejenis masalah kulit yang kelihatan  berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir. Sekali imbas, mommies tengok seakan-akan macam kelemumur orang dewasa, tapi versi lebih teruk dan kena dekat baby. Selalunya baby tak rasa gatal-gatal jika terkena masalah kerak kepala atau cradle cap ni. Selalunya akan kena seawal beberapa hari selepas dilahirkan.

Masalah ni 2nd baby aku kena. Tak sure sebab apa tapi yang seingat aku start nampak macam putih-putih dekat kepala masa umur dia 3 bulan yang lepas. Mula-mula tu nampak putih-putih je, so aku expect macam tak serius lah kan. Nanti lepas mandi cuci-cuci sikit hilang lah lama-lama. Tapi, makin hari makin ketara, lagi-lagi lepas mandi kan, bila rambut dia basah, nampak melekat2 dekat helaian rambut macam keruping color kekuningan. Aku dah cuak giler time tu. Kenapa jadi macamtu pulak kan. Sedihnyaaa, dah la baby kecik lagi. 


Rambut Hasya masa sebelum dicukur

Tambah pulak, setakat ada dua orang anak ni, masa lahir diorang memang jenis lahir-lahir rambut jenis lebat. Masa anak 1st Medina dulu pun lebat, tapi yang 2nd Hasya ni aku rasa 3x ganda lebat rambut dia masa lahir. Masa sebelum cukur, tak jadi lagi cradle cap ni, memang aku tak nampak apa-apa pun kecuali putih-putih sikit macam ala-ala kelemumur gitu je. Tapi aku tak lah risau mana sebabkan normal la baby baru lahir, baby belum dicukurkan lagi rambut, ada kekotoran terlekat dekat rambut baby masa dia dalam perut kita lagi. 

Masa cukur rambut Hasya dulu, tukang cukur tu cakap ada kerak tebal jugak. Dia tak berani nak tekan sangat takut berdarah pulak nanti kan, kepala baby masa tu dah la tengah lembut lagi. So, memang lama jugak amik masa nak cukur dulu, dah la rambut tebal. Bila dah cukur, aku rasa lega gilerr, semua dah bersih sempurna. Kekotoran masa dalam perut dulu, dah selesai buang dan cukur sampai habis.

Rasanya dalam 3 bulan macamtu, dia start naik. Rambut Hasya masa 3 bulan memang dah penuh dengan rambut, cepat naik. Kalau tengok daripada jauh memang tak nampak dah berkerak tu, sebab dah ditutup dengan rambut. Tapi bila aku telek dekat-dekat memang nampak, geramm sampai aku sendiri gosok slow-slow kasi keluar. Bila gosok, makin banyak keluar berkeruping. Selalunya aku akan gosok kepala dia masa tengah mandi la, masa mandi kan kulit lembut sikit. Kalau gosok time kepala kering, risau boleh berdarah tau. Naya tak pasal-pasal.

Aku perasan sebab aku duduk dekat tempat ada lighting, so selak-selak rambut, Ya Allah berkeraknyaa! bukan sikit tapi banyak. Sampai aku menangis la jugak..wuuu sedih la tengok kepala anak. Dia tak gatal, serius, kalau gatal mesti dia nak gerak-gerak tangan usik atau nangis kan, tapi takde pun. Yang si Hasya ni muka rilex je, aku je yang cuak beruk. Yang aku baca, kalau kulit kepala gatal dan berkerak sampai buat baby rasa tak selesa tu ECZEMA. wallahualam. 

Pastu aku mengadu la dekat husband. Husband cakap jom bawak pegi check up, jumpa doctor pakar terus. Masa jumpa doctor, aku tunjuklah kepala Hasya. Doc cakap ni sebabkan kering and terjadi sebab masa dia dalam perut ibu lagi. (So kiranya nih salah aku la.huwaaa sedih i).  Doc cakap jadi sebabkan hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak. Aku tanya la doctor, teruk ke, normal ke benda macamni. Doctor cakap normal, selalu je jadi dekat baby umur 3-4 bulan ke bawah. Lepastu doctor bagi cream khas  untuk sapu dekat kepala Hasya. 

Selain daripada cream yang doctor bagi tu, mak aku cakap lepas mandi kerapkan pakai "baby oil" dekat rambut dia. Lepas dah pakai, guna sikat yang rapat-rapat tu (mak aku suh pakai sikat kutu terus.haha), dan sisir rambut tu berulang kali kasi keluar kerak kepala. Yes aku buat macamtu. Hasil dia ok tak? of course lah berhasil. hehe. 3 minggu macamtu dah takde, hilang. 

Tips yang aku bleh share utk rawat  masalah cradle cap ni atau masalah kerak kepala ni dekat korang :-
(mungkin berhasil depends pada keadaan baby masing2)

1) Bila jadi macamni, jangan cuak, tapi bila dapat tau je, terus bawak baby pegi jumpa doctor. Tanya kenapa and cara nak rawat. Kalau boleh jumpa doctor pakar kanak-kanak terus lah lagi bagus. Dapatkan nasihat and nanti doctor selalunya akan bagi cream khas utk baby. 

2) Selain guna cream yang doctor bagi, basuh rambut baby dengan shampoo baby dan ia boleh longgarkan keruping (yg aku baca dan aku buat la). Masa cuci rambut baby tu, gosok dan sapu slow-slow kepala baby. Bagi org Islam, selawat  3x sekali InshaAllah. 

3) Lapkan kepala dan rambut baby. Kalau boleh semua benda ni lakukan slow-slow, janganlah ganas sangat sebab kesian kepala baby lembut lagi. Yerr aku tau ko geram bila nampak kerak keruping banyak sangat, tapi sila bersabarr. Aku pun geram jugak, tapi kang buat kasar-kasar bahaya.

4) Lepas mandi, sapu baby oil dekat kepala baby. Janganlah sapu banyak sangat, over betul kau ni kan! haha. Sapu yang memadai sudah.  Ada orang letak minyak zaitun, ada orang guna olive oil, kalau aku guna baby oil yg biasa tu je :) Sambil sapu, korang boleh urut lembut bagi baby rasa selesa. Kadang-kadang baby boleh mengantok terus sebab dia khayal orang belai-belai rambut dia. hehe. Mengada betul.

5) Sikat rambut baby gunakan sikat rapat-rapat. Kalau nak guna sikat kutu tu pon no hal. Tu mak aku ajar la. haha. Tapi kalau ada rambut lah, kalau takde rambut, kau nak sikat apa ye tak ? hehe

6) Ulang setiap hari and selalunya masalah ni akan hilang dalam 2-3 minggu (depends pada baby yerkk). Masa mandikan baby pun, jgn lupa cuci hari-hari. 


Hasil dia?


Alhamdulillah, dah takde dah masalah kerak kepala lagi dekat baby Hasya. yeayy! 
Rambut pun makin sihat, lebat, kulit kepala bersih, dan rambut bersinar-sinar uols.hehe. 


Baby Hasya, 5 bulan ++ 


Ok tu je nak shareee! hehe.
Kot-kot ada mummy yang mengalami macamni bila bersalin nanti, boleh guna tips di atas. 

Bye-bye




INFO YANG ANDA PERLU TAU!

Apa yang menyebabkan kerak kepala atau cradle cap ini?
Penyebab utama masih tidak diketahui namun ada 2 pendapat yang sering kali dikatakan menjadi penyebab kepada masalah kerak kepala ini iaitu :-
  • kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi.
  • jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar sebum bersama bakteria.






Tips kurangkan rambut gugur selepas bersalin


Assalamualaikum

Bila tiap kali bersalin, antara perkara paling susah aku nak terima kenyataan ialah tang rambut gugur. Benda nih lahhh paling aku tak suka, paling stress dan paling boleh buat rasa nak marah orang! haha (padahal rambut sendiri nak marah orang pulekkss apekehey kan).

Rambut gugur nih memang normal jadi lagi-lagi perempuan yang beberapa bulan lepas bersalin akan alami benda nih. Orang cakap sebab hormon kita tak menentu. Sampaikan bila sikat rambut sekali tarik je, sikat rambut tu dah tak nampak sikat nya lagi.


Macam gambar atas nih :( 


Masa anak 1st aku dulu, pernah gugur banyak jugak. Masa tu macam terkezut beruk sikit sebab 1st experience bersalin kan mana tau semua-semua tu bakal nak jadi. Bila gugur nih mula lah satu rumah kau bersepah dengan helaian-helaian tersangkut, terselit sana sini. Mana tempat kau tuju, situlah ada terselit rambut. Dalam toilet? Haaa yang tu jangan ceritalah, husband aku banyak kali bebel dekat aku, "lepas mandi jangan lupa kutip rambut buang, nanti lubang tersumbat"  
(tapi selalunya memang tersumbat dulu dah sebelum dia bagitau! huahua)

 Awal-awal tu gugur macam biasa je, tapi kalau macam aku lama-lama dia akan jadi masalah kronik sikit sebabnya bila bangun tido je, atas katil dan bantal ada jugak. Sampaikan dekat dalam pampers anak pun boleh terselit helaian rambut gugur tau :( Kronik kan? TAKK! Nih super kronik! haha. 

Untuk 2nd baby ni, aku rasa lagi terukk kot jadi berbanding anak 1st dulu. Sikit lagi nak botak.haha. Macam aku sendiri, rambut gugur nih dia akan jadi masa lepas bersalin, agak-agak baby dah masuk 4 bulan macamtu dia start lah gugur sikit-sikit. Stress tak? STRESS lahh!! haha. Tak larat dah asyik nak potong rambut je. Tuh laa sape suruh asyik bersalin je :P kuikui


Sekarang ni baby lagi 2 minggu nak masuk umur  6 bulan dah. Masalah rambut gugur makin kurang, makin tak banyak macam dulu. Wow magic!! haha. Si Irine tu guna apaaaa ehhh sampai boleh berkurang? haaaaaa. hehe

Aritu aku tanyalah dekat facebook aku, sape-sape ada pengalaman rambut gugur, diorang pakai syampu apa yang bagus. Jujurly, aku dah cuba macam-macam jenis syampu tak berkesan, tapi makin teruk ada lah, penuh sink tauuu rambut gugur ! Ramai lah yang bagi cadangan apa kata try syampu Himalaya. So far sepanjang aku hidup, tak penah lagi pakai produk Himalaya. Alaa produk Himalaya yang sekarang nih duta dia Nazim Othman pakai baju pilot tu. Motif sangat pakai baju pilot kannn, apa kena mengena pun aku tak berapa sure. huhu. 

Teruss zassssss malam tu jugak aku ajak husband pegi SCM borong syampu Himalaya nih.


Geram punya pasal, aku beli 1 set complete terus. Tamak betul kan si Irine ni. haha. 
Yerlahh!!Aku tak sanggup lagi dah tengok sink hari-hari penuh.

Aku tertarik nak beli sebab yg pertamanya aku tak pernah cuba lagi Himalaya punya produk. Pastu, tambahkan pulak ramai yang pengaruh dan bagi cadangan try la Himalaya, try laa. Bagus katanya sebab Himalaya ni kandungan dia herba. Pastu pulak, aku nih jenis yang nak hasil dia cepat jer, yang memudahkan aku iaitu mintak bantuan syampu je. Ramai jugak bagi cara-cara tradisional tanpa pakai syampu, tapi aku tak serajin tuh T____T 




4 barang dekat atas nih aku beli total dalam RM180 macamtu. 
Boleh beli secara asing-asing dan satu-satu, tapi bagi aku, kalau dah teruk, demi taknak segan rambut makin nipis dan botak depan suami, apa kata labur sikit duit tu, utk diri kita jugak kan? hehe. 

4 barang yang aku beli utk selamatkan rambut aku drpd botak:-

1) Syampu Himalaya Anti-hair fall
2) Conditioner 
3) Anti hair-fall hair oil 
(minyak ni pakai sejam sebelum nak mandi. Urut sampai kena dekat kulit kepala, bagi dia serap. Minyak ni bau pelik sikit, tapi tahan la kejap, pastu pi lah cuci)
4) Anti Hair Fall cream 
(pakai masa lepas dah mandi, macam krim rambut gitu)

Balik-balik je terus aku pakai. Tapi kau jangan nak mengada-ngada sangat eh, sekali pakai, rambut kau magic tak gugur dah! Kena konsisten pakai. Macam aku, aku pakai jimat cermat sebab kalau habis, nak beli lagi mahal ! haha. 

Berkesan tak pakai? Berapa lama boleh nampak kesan?
Yes of course la berkesan. hehe. Dan 2 minggu aku pakai dan test sendiri, hasil dia rambut dah kurang gugur, dah tak banyak melekat rambut bila sikat, dekat katil dan bantal dah takde, dekat toilet pun dah kurang, cuma sikit-sikit tergugurrr tu boleh dimaafkan lagi lahh sbb baru pakai 2 minggu. Belum sebulan ye dak? hehe. Rambut pun dah start nak menebal balik. Yang gugurnya banyak, yang tumbuh balik pun banyak. Try lahh! Memang bagus rupanya Himalaya nih. Himalaya ni pun ada skin care dia jugak, macam nak try kot-kot sesuai dekat muka. 

Selamat mencuba! Kalau yang tak bersalin atau yang tak kawen lagi tapi ada masalah rambut gugur pun boleh cuba no hal. 


Ok Bye!



INFO!! KENA TAU !

KENAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN? 

Ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:
  • Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut  mudah gugur.
  • Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
  • Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
  • Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.











 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in