Makan gula-gula je dah boleh kurus? Betul ke ni?



Assalamualaikum. 

Hye. 

Sebenarnya saje nak share, haritu baru je gunakan satu product best ni. Gel cool rose. tapi sebabkan tengah mengandung, idok lerr berani nak sapu dekat bahagian perut. Gel cool rose ni sebenarnya fungsi dia membantu mengurangkan berat badan, tapi dalam kes mcm aku ni, aku guna untuk lembutkan kulit dan kalau ada sesiapa yang selulit pun sesuai pakai. Dan kalau nak tau, bila pakai gel cool rose ni, paling best part gel ni sejuk je bila sapu dekat kulit dan bau wangi semerbak 1 bilik. Sejuk beranginnn je kulit. Fuhhhh, syiokkk. 



Selain daripada tu jugak, ramai jugak yang email dan tanya Irine, boleh tak suggestkan atau buat entry product apa yang bagus, highly recommended untuk menguruskan berat badan. Lagi-lagi lepas berkahwin atau lepas bersalin. 

Antara product yang tengah naik nama dia sekarang sbb keberkesanannya, ialah
MINCE daripada DIMAR ataupun dikenali sebagai "gula-gula kurus"




Serius ke makan product MINCE ni je boleh kuruskan badan? 
Boleh percaya ke ni keberkesanan product ni? 

Apa pulak beza MINCE dengan produk kurus lain? 

Haaa nihhh yang aku nak bagitau, kalau korang antara pengguna dan pembeli produk MINCE atau gula-gula kurus nih, korang lah yang paling bertuah. Sebabnya :-

  • MINCE ni rasanya sedap, masam-masam manis
  • MINCE ni mudah untuk dimakan, hanya masuk dalam mulut dan hisap macam gula-gula
  • MINCE ni terbukti berkesan
  • MINCE ni boleh kawal selera makan
  • MINCE ni senang untuk dibawa ke mana-man
  • MINCE ni tiada seberang kesan sampingan
  • MINCE ni kesan seawal 14 hari


Antara kelebihan lain :-

MINCE akan bertindak :-

  • Membantu menyingkirkan lemak
  • Menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Mengawal berat badan
  • Dapat menghentikan penyerapan lemak
  • Meningkatkan metabolisme tubuh
  • Menukarkan lemak yang tersimpan sebagai tenaga
  • Membuang toksin dalam tubuh
  • Mengawal kestabilan gula dalam darah
  • Meningkatkan imunisasi tubuh
  • Agen awet muda
  • Bertindak sebagai Anti Kanser
  • Menurunkan kolestrol




Bagi yang tak tau lagi atau pertama kali dengar product MINCE ni, korang patut cuba. Product MINCE dah ada banyak testimoni berjaya dan sudah pun ditest pusat racun negara. InshaAllah tak perlu risau sebab ianya product kurus yang selamat daripada bahan yang terlarang dan ianya under pemakanan. Tak perlu KKM MAL. 

Siapa yang nak tau lebih lanjut mengenai gula-gula kurus ni boleh terus ke 
atau terus je wassap 013. 512. 9249 dengan kod "Irine". 





Happy birthday : Hasya Tasnim turns 1



Assalamualaikum Hye :)

Eh aktif pulak tiba-tiba kan nak update sekali banyak entry :p
Selalunya, kalau sekali dah datang mood rajin, memang 2-3 hari tu berturut-turut habiskan masa untuk update blog dan lepas-lepas tu akan senyap terkubur semula. hihi. 

Tak sempat lagi nak update dan share 1st birthday Hasya 3 minggu lepas. 
Anak ibu, Hasya Tasnim genap dah setahun. Alhamdulillah, membesar dengan jayanya. Tak banyak karenah, anak yang kuat,  dan jadi adik yang baik sepanjang setahun hidup bersama ibu, ayah, dan Kak Nina. 

Macam kakak dia dulu, Medina, waktu 1st birthday buat lah sikit celebrate dan kenduri doa selamat sikit tanda kesyukuran. Jangan salah faham, selalunya kalau ada kenduri dan ajak tetamu datang time 1st birthday je, bila 2nd,3rd birthday dan akan-akan datang lebih sambut dengan family je. hehe. 1st birthday je lah yang raikan sikit. Tapi itupun kali ni, aku tak berapa aktif sangat untuk bergerak sana sini untuk uruskan macam-macam preparation. Dengan morning sickness nya lagi tapi cuba handle kenduri dengan mood yang best dan nak make sure anak-anak happy. 


1st birthday anak ibu.
Hasya Tasnim, ciptaan Allah dengan kesempurnaan seperti mata air di dalam Syurga yang memberi nikmat kepada penghuninya. Datanglah dan hiduplah sebaik mungkin. 


Celebrate kali ni, cakap dengan husband nak try buat waktu malam. Sebab kenduri-kenduri yang sebelum ni buat waktu petang dan tengahari. Saje nak test mood malam sebab time Medina dulu buat petang, tapi biasalah budak-budak, waktu petang ialah waktu kemuncak diorang tengah syok tido. Just nice lah buat waktu malam. Cuaca pun sejuk-sejuk berangin je baru petang tu hujan. Nasib baikk tak hujan malam. Cuak mak tau! 


Kitorang buat sekali bacaan doa selamat sikit. Kebetulan pulak time tu, husband tengah handle Karnival Geng Masjid dan Imam Muda Nazrul ada dekat sana. So husband cakap, nanti dia culikk kejap Imam Muda Nazrul bawak balik rumah tolong ketuai bacaan doa.huhu.Selalu tengok dalam tv je. eh sempat pulakkkk~ haha. Jangan nak mengada, budak depan tu anak dia. hehe. Ayah aku pulak macam biasalah, dia kalau tau ada ustaz-ustaz datang ni, memang dia akan berkepit duduk sebelah ustaz tu je. kihkih. Siap nak selfie tau! hehe.


Budak 2 ketol ni pulak mood tengah baik. Sambil baca doa selamat, aku dudukkan 2 beradik ni kat tengah-tengah ruang tamu. Sepanjang bacaan doa, aku nih tak boleh laaa tahan mata ni, sebab bertakunggg je air mata ni tiap kali ustaz bacakan doa untuk anak. Sob sob.. :')



Hasya Tasnim turns 1 

Lepas setell bacaan doa selamat, kitorang pun setelkan sambutan hari lahir untuk Hasya. Sesi potong cake dan sesi meraikan lagu Allah selamatkan kamu. 


Hasya dengan Medina, both behave time ni. 
Medina tu behave maybe sebab dia nampak banyak makanan depan mata. Hasya pulak dia macam tak tau apa-apa. hihi


Tema birthday kali ni, aku pilih Sofea the first untuk Hasya. 
sebabkan dia ni nampak perwatakan lemah lembut, so aku cakap dengan husband, sesuaii lah untuk dia jadi princess time birthday nanti. Husband bagi green light. Maka, aku pun proceed lah buat tema Sofea. Sebenarnya mak dia yang excited lebih join sekaki bila buat tema birthday cartoon2 ni. hiks.


Potong cake tapi mesti Hasya tak tau dia tengah buat apa skang. hehe


Sebok nak jugak



Kali ni pun tak jemput ramai macam sebelum ni, sebab aku takut tak larat nak handle dalam keadaan aku yang tengah morning sickness ni. Jadi aku jemput family + kawan-kawan rapat :) 







Welcome to Princess Hasya's Royal Birthday


Medina tengah rambang mata tengok macam-macam ada depan mata. 




Baby kesayangan ibu dan ayah. Nak nangis la teww.


Hasya dengan atok dia. 
Sian atok cucu taknak dengan dia.haha



"Bulatan" yang cukup sempurna Allah ciptakan.
Hasya ni memang mata beso sangat! Tak tau lah dia ikut sape. Nak kata ikut ibu dia memang tersimpang jauh sebab mak dia punya mata macam ada takde,sepet.kihkih. Ikut ayah pun tak jugak. 


Kak Nina dengan dunia dia sendiri. 


Leka main belon. Tu sebab aku suka ada belon banyak-banyak, sebab confirm Medina dia akan lekaaa je dengan belon. Taktik umpan dia jugak. kihkih.



Maksu dan baby Dhiaa yang tembamm !


Part paling sukaa daripada dulu, 
deco-deco for Table cake, Kids activity table and Photobooth.


Birthday cake table tapi cake tak sampai lagi time ni . Orang yang deliver cake pulak datang lambat sebab janjinya hantarr petang tp tah macam mana berlaku kelewatan sikit, last minute hantar sebelum nak sesi nak potong cake. Tapi overall semua ok :) Sempat je last2 tu.





Cupcake, chocolate, mineral water


Cookies




Cookies yang sayang nak makan. Too cute T____T 



Kids Activity Table
Tang mejaa ni pun kalau mak budak pun suka tengok apetah lagi budak-budak. Sape-sape yang datang memang aku suruh tapaw bawak balik rumah.




More to benda-benda untuk budak-budak suka dan tertarik la. Macam party hat,  bubble balloon, cotton candy..


Balloons, puzzles, stickers, pencil colors dan lain-lain.Aku pun tak ingat dah satu-satu.




Photobooth






Ok dah-dah. Banyak pulak gambar. hehe
Biasalah, dalam blog aku ni daripada dulu, kalau takde gambar banyak memang tak sah.
Kot kalau ada yang korang nak refer-refer untuk buat birthday party anak nanti-nanti, boleh la celup idea kat entry ni :)

Boleh juga kalau nak refer idea birthday party time Medina genapp umur setahun dulu. Click link entry di bawah :-

Happy Birthday Fiska Medina



Untuk anak ibu Hasya Tasnim, 
ibu doakan Hasya jadi anak yang solehah, bijak, dan moga-moga jadi bakal kakak yang baik dan penyayang untuk adik Hasya yg bakal keluar tahun ni :) Lebiuu.












Expecting for number 3



Assalamualaikum, hello!

Sebenarnya lama sangat tak update blog. Selalu kalau tak update blog sebabkan kekangan masa sebok layan anak-anak. Tapi kalau yang sekarang ni, sebabkan rasa malas sangattttt nak update. Nak dapatkan mood type entry kt blog ni macam nak bercinta! tapi bila sekali bukak blog, nampaklah jugak ada yang still baca blog. Korang tak bosan ke baca entry lama-lama tu? :p


Selain daripada malas nak update blog, berada dalam mood kesihatan terumbang-ambing sikit sebab sekali lagi kitorang suami isteri digemparkan dengan berita gembira. Pergh statement pon.haha. Takdelah tergempar mana pun, cuma Alhamdulillah lagi sekali dapat tau mengandung kali ketiga. Hehe. Macam sebelum-sebelum ni kalau apa-apa mesti update dekat blog dulu, tapi sekarang ni nak bukak blog pun anak-anak dok berebut sekali nak tengok youtube Didi & Friends lah, Upin Ipin lah, spiderman lahhh! Makanya, sebelum ibu diorang bertukar jadi mak ko ijo, baiklah elakkan diri daripada menghadap laptop lama-lama utk type blog. 


Alhamdulillah nak masuk kira-kira 5 bulan dah pun pregnant kali ketiga ni. Fuhh cepat betul. Morning sickness pun takde lah seteruk macam 1st trimester dulu. Kali ni, penangan mabuk mengandung pun boleh tahan jugak melampaui daripada skala yang sepatutnya. huhu. Samalahhh macam 1st pregnancy mahupun 2nd pregnancy. Takpelah, redha dengan nasib tiap kali pregnant, tiap kali menghadapi morning sickness yg agak teruk. Dah lali jugak rasa mcmni :'D

1st trimester yang lepas :-

Bila dapat tau lagi sekali pregnant, teruss satu badan flat. Selera makan kali ni ZERO ! Teruk betul rasa, nak keluar rumah malas. Senang cite tak payah aku list, semua benda aku malas nak buat kalau tiap kali pregnant! haha. Ini semua boleh dibuktikan dengan berat badan aku almost 8 kilo turun gara-gara 1st trimester. Bayangkanlah, berat mengandung aku sekarang sama macam sebelum mengandungkan anak pertama. Time tak mengandung susah pulak nak turun beratnya T______T

2nd trimester :-

Berada dalam 2nd trimester sekarang dapatlah jugak tengok perubahan sedikit. Selera makan dah boleh diterima tekak semula. Nasi dah boleh bantai 2 pinggan macam biasa. Tapi kadang-kadang, muntah-muntah dan sakit kepala tu datang jugak. Dan 2nd trimester ni jugak, aku rajin masuk dapur dan rajin masak. Wahhhh, impossible jugak ni time pregnant rajin masak :p

Perbezaan 3rd pregnancy dengan 1st dan 2nd pregnancy :-

Sebenarnya takde apa beza pon, cumanya kalau dulu, tiap kali muntah-muntah si ayahnya yang tolong tepuk-tepuk belakang badan time nak muntah dan jugak tolong teman tiap kali lari masuk ke toilet, sekarang ni, dah digantikan dengan si kakak, Medina pulak yang ambil alih tugas ayah dia dulu. Mungkin jugak sebab Medina dah boleh diharap dengan umurnya 3 tahun. Dia lah yang sama-sama sebok lari teman aku dari arah ruang tamu menuju ke arah toilet untuk muntah. Dia lah jugak yang tolong pujuk-pujuk ibu dia ni bagi support moral. Dan dia jugaklah yang tolong jaga adik dia serba serbi kalau ibu lari muntah.

"Ibuuuu, muntah lagi, muntah lagi k? k? Sian ibu. Kan Kak Nina dah cakap dengan ibu, lain kali kena minum susu white. Pasni ibu minum susu white k?" 
*sambil tolong sapu-sapu belakang badan ibu dia*

Tak ke ko sebagai seorang ibu, terharu bila dengar anak yang berumur 3 tahun dia seolah-olah faham situasi kau sekarang. Dan aku boleh cakap dekat sini, aku adalah antara ibu yang bertuah sebab anak pertama dah boleh faham dan boleh diharap untuk jaga adik-adik dia. 


Supplement :-

Kali ni consume macam biasa supplement set Shaklee dan juga supplement wajib iaitu Salindah. 

Sepanjang pregnant, masih menyusukan anak kedua, Hasya macam biasa ke atau dah campur susu?

Masih lagi fully bf kan Hasya macam biasa. Rezeki Hasya masih ada Alhamdulillah. Penat tak? Tipulahhh kalau aku cakap tak penat, tapi mungkin jugak dah ada pengalaman masa mengandungkan Hasya dulu, still menyusukan Medina sampailah dia 2 tahun lebih. Ada rasa mild cramp atau sakit-sakit tak bila menyusu sambil pregnant? Takde jugak, so far takde rasa apa. Apa-apa pun, dalam situasi macam ni, fizikal dan mental memang kena ready betul-betul dan kena kuat. Kalau kau lembik je, memang potensi kecundang tu ada. Support drpd husband lah paling penting.

Happy tak bila dapat tau bila dapat tau Medina dengan Hasya bakal dapat adik lagi? 

Tipulah kalau cakap tak happy. Sape je tak happy kan, Allah turunkan rezeki dalam pelbagai cara dan bentuk. Dan aku yakin, anak lah rezeki yang tidak ternilai. 



Anak kedua baru setahun lebih, tak rasa cepat sangat ke mengandung kali ketiga?

Ni lah soalan paling cepu mas sekali dan aku perasan ada jugak beberapa orang cuba cakap2 bila dapat tau aku pregnant kali ketiga (i see your tweets and comments :p ) Dan rata-ratanya ramai yang dalam kalangan yg belum berkawen bila cakap sedemikian. 

Ini lah kita katakan rezeki. Setiap anak tu pembawa rezeki.  Kalau sepatah ayat cuba nak pertikaikan, kita cuba pertikaikan rezeki yang Allah bagi. Tak perlu pertikaikan rezeki dia dan kita. Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan dah atur cantik-cantik semuanya. Tak pernah sikit pun keluar dari mulut empunya badan yang membawa kandungan ni merungut bila dapat tau rezeki kali ketiga ni. Bersyukurr, tu je :) Sementara umur masih muda, bersalin ramai-ramai, dah tua-tua esok rehat puas-puas. Dan bila anak dah sekolah nanti, nampak anak pun macam baya-baya ibu dia je. Ok perasan. haha. Makanya, bila orang cakap itu dan ini, aku biokan je mereka. Sebabnya, yang cakap tu rezeki-rezeki dia akan datang tak tau lagi macam mana. Itulah realiti kehidupan. 

Medina pun dah 3 tahun. Nampak dia pun memang pandai jaga adik dia. Kalau ibu buat keja, nampak dia ada ciri-ciri sebagai kak long kawasan tolong handle situasi walaupun tak lah tolong banyak mana pun. Terfikir juga keadaan bila dah berada dalam keadaan ahli keluarga yang ramai. Tahun ni, InshaAllah, kalau Allah izinkan. 


Harapnya, sepanjang kali ni proses mengandung dan bersalin dipermudahkan oleh-Nya. 
Minta jasa baik kalian doakan kesihatan ibu dan anak. Bak kata Keknis, Sebut yang baik-baik, kerana kata-kata adalah doa yang melantun :'D

p/s : terima kasih kawan-kawan yang wish tahniah dan doakan yg baik2. Selalunye lebih aktif dekat instagram, tak cukup tangan nak balas satu2 komen. 



Love u both, anak-anak ibu Fiska Medina & Hasya Tasnim.


Bye-bye!



Salam sayang, 
Ibu Medina and Hasya











 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in